“Ini Antara Sebab Kenapa Saya Berusaha Tidak Tengking Atau Pukul Anak Sekiranya Mereka Buat Perangai” – Ikuti Perkongsian Bapa Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Anak-anak sememangnya akan menguji kesabaran ibu bapa mereka. Di mana mereka ini akan menunjukkan sikap-sikap yang tidak disenangi ibu bapa. Bukan itu sahaja, kadang kala dengan melalui perkara sebegini barulah mereka ini mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.

Tapi kita ini sebagai ibu bapa, akan mengambil jalan mudah seperti menengking atau memukul mereka apabila mereka ini buat pernagai. Ini adalah jalan yang selalu diambil kerana anak akan segera senyap dan takut akan kita. Bahkan anak juga tidak berani untuk melakukan perkara sebegitu lagi.

Menurut Muhammad Hassan, beliau berusaha untuk tidak tengking,pukul anak atau adik yang kecil sekiranya anak-anaknya buat ‘perangai’. Ini kerana terdapat beberapa sebab yang memberikan kesan buruk kepada anak-anak dan juga diri sendiri.



1. Akan jadi ketagih. Mula-mula tengking kita harap mereka akan berubah, kali kedua kita tengking kita anggap mereka sudah degil sebab ulang kesilapan yang sama,ketiga kita tengking perasaan benci mula akan wujud dan kita akan mula bersikap ganas.

Sebab itu ada yang tengking dan sepak terajang anak. Kita akan mula jadi stess dan hilang kawalan emosi. Tengking dah la kuat,terkejut anak. Ada yang sampai menggigil sebab terlalu takut. Akhirnya kita akan menyesal tengok mereka,ketakutan,menderita,luka.

2. Akan beri kesan yang tersangat teruk kepada emosi mereka. Mereka mula tersangat takut kepada kita. Tiada keyakinan diri,akan mula tidak respect kita. Akan sembunyikan kesalahan mereka. Dan paling bahaya mereka akan mula memberontak dan bertindak kasar terhadap orang lain. Sebab itu kalau kita tanya budak kaki buli kebanyakkan dari mereka memang pernah ditengking,sering dipukul oleh ibu bapa.

                        

3. Ini yang paling saya takut.

Mereka yang dibesarkan dalam suasana sering ditengking,dipukul,tidak pernah dihargai,sentiasa dihukum,boleh jadi Mereka akan lakukan perkara yang sama terhadap isteri dan anak-anak. Boleh jadi mereka akan alami penyakit Major Depressive disorder(MDD) Pasti isteri akan terkejut kenapa suami tiba-tiba berubah. Terkejut tiba-tiba suami senang gila naik tangan,naik kaki ketika marah. Suami lagi terkejut kenapa isteri yang sebelum ini nampak pendiam,romantik,peramah akhirnya jadi ganas dalam mendidik anak-anak.

Nampak tak kesan jika kita sering tengking,pukul anak-anak. Sebenarnya kita perlu selami jiwa anak-anak. Jiwa mereka sangat sensitif dari perbuatan dan percakapan kita. Sangat kurang bertindak dari arahan. Jangan kita fikir anak-anak akan mudah ikut apa sahaja arahan kita,sebaliknya tunjukkan AKHLAK dan PERCAKAPAN yang baik ketika bersama mereka. Anak-anak mudah terdidik dari pemerhatian mereka terhadap kita.

4. Ia juga salah satu akhlak nabi Muhammad s.a.w.

Betapa hari ini masyarakat perlu didikan cara Nabi muhammad s.a.w. Lihat hadith ini,Nabi s.a.w tidak pernah pukul atau tengking kanak-kanak (hadith ini saya belajar dari guru yang saya sayangi).
Apa kata annas bin Malik R.hu. Waktu ini umur beliau antara 10-11 tahun.

“Pernah suatu hari Rasulullah menyuruh saya ke pasar, Sebelum berangkat saya bermain dulu dengan anak anak lain dijalanan. Ketika sedang asyik bermain, saya merasakan ada seseorang yang berdiri dibelakangku sambil memperhatikanku dan menyentuh bajuku dengan lembut, lantas saya menoleh kearahnya, dan ternyata Rasulullah saw.

Sambil tersenyum beliau bertanya "kenapa belum berangkat lagi, wahai Unais?. Maka sambil tergopoh gopoh akupun menjawab," ya, saya akan berangkat sekarang wahai Rasulullah",


Demi Allah, selama sepuluh tahun saya berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w, tidak pernah sekalipun beliau memarahiku”.


Moga bermanfaat dan SEBARKAN.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen