Tips Untuk Menggembirakan Pasangan Dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.

Selain saling melengkapi dan menghormati antara satu sama lain, pasangan suami isteri juga perlu tahu untuk menggembirakan hati antara satu sama lain. Bukan mudah dikala isteri merajuk untuk menceriakan hatinya kembali, dan bukan mudah untuk membuat suami berbicara dikala dia sedang seribu bahasa.

Bijak membuat pasangan bahagia dan gembira akan menjurus ke arah perkahwinan yang barakah jua. Oleh itu, jom ikuti perkongsian dari Ustaz Pahrol berkenaan dengan isu menggembirakan hati pasangan ini…

********

Apakah yang harus dilakukan agar perasaan kita dan pasangan kita selalu ceria? Untuk berasa gembira memang mudah jika ada sesuatu, seseorang atau keadaan yang boleh menggembirakan kita.

Namun bagaimana jika tiada orang, keadaan, perkara atau benda pun yang boleh menggembirakan kita? Tegasnya, sebab-sebab untuk gembira tidak ada. Bagaimana kita hendak bergembira?

Caranya adalah dengan jadikanlah diri kita sendiri sebagai sumber kegembiraan itu!

Bagaimanakah caranya? Carilah orang lain dan gembirakan. Siapakah agaknya orang itu?

Siapa lagi kalau bukan pasangan kita.

Justeru, sentiasalah berfikir, berusaha dan melakukan apa sahaja yang boleh menggembirakan pasangan kita. Insya Allah, kegembiraan yang kita berikan kepadanya akan kembali kepada kita semula.

Pepatah Cina ada mengungkapkan, tangan yang menghulur bunga mawar pasti akan berbau harum. Bijak pandai juga pernah mengungkapkan, “what goes around, comes around.”

Ya, hulurkanlah “bunga mawar” (sama ada benar-benar bunga mawar atau apa jua bentuk kegembiraan) kepada pasangan kita, setiap kali punya kesempatan.

Insya Allah, sebelum pasangan kita mencium keharumannya, tangan kita yang menghulurkannya akan berbau harum terlebih dahulu.

Maksudnya buatlah kebaikan kepada pasangan kita (tidak kira sama ada kecil atau besar), insya-Allah, kebaikan itu akan kembali kepada kita. Ya, itulah baja kepada kebun cinta kita.

Dr. A’id al-Qarni dalam bukunya La Tahzan menulis, “Orang yang pertama merasakan nikmat kebaikan ialah orang yang melakukannya!”

Ertinya, sesiapa yang berusaha menjadi sumber kegembiraan (dengan terlebih dahulu berbuat baik), maka dialah yang pertama akan merasa gembira. Memberi lebih gembira daripada menerima!

Cara menggembirakan pasangan:

  1. Ucapkan sesuatu yang lunak dan enak didengar.
  2. Senyum bila berdepan.
  3. Masak, masakan kegemaran
  4. Beri hadiah, sekalipun kecil dan mudah.
  5. Tulis sms, wasap yang boleh menggembirakan.
  6. Raikan kesukaan, kecenderungan atau hobinya.
  7. Bawa bersiar-siar walaupun tidak lama dan destinasi berhampiran.

********

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen