Tips Untuk Menjadi Ibu Bapa Yang Positif.

Dikala di awal perkenalan dengan pasangan, ramai yang merasakan diri dapat menjadi suami atau isteri yang terbaik. Akan tetapi berapa ramai yang dapat merasakan dan bersedia seratus peratus untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak. Menjadi kebiasaan, di awal perkahwinan semuanya indah kerana hidup berdua sahaja, semua permintaan pasangan mesti diturutkan kerana tidak mahu bermasa muka.

Namun sedemikian, semuanya berubah setelah memiliki cahaya mata. Sikap pasangan mulai berubah, semua yang pasangan lakukan semuanya tidak kena, cara menjaga anak pun berlainan sehingga berlaku pergaduhan. Ketahuilah kita dalam menjadi ibu bapa, perlu sedaya upaya menunjuk contoh yang baik untuk anak-anak, dan perlu menjadi positif supaya anak-anak dibesarkan dalam keadaan rumah yang positif.

BAGAIMANA UNTUK MENJADI IBU BAPA YANG POSITIF? JOM IKUTI 3 TIPS INI…

1. Luangkan masa berkualiti bersama anak.

  • Memperbaiki perhubungan sihat antara ibu bapa dan anak.
  • Menyediakan peluang kepada ibu bapa untuk mengenali, memahami dan membimbing anak.

Cara-cara:

  • Minta izin anak untuk turut serta (contoh: “Boleh ibu / ayah bermain dengan awak?”)
  • Tunjukkan yang anda berminat dengan aktiviti anak anda (contoh: “Tengah buat apa tu? ; Boleh tunjuk abah macam mana nak main ni?)
  • Raikan kejayaan apabila anak telah mencapai sesuatu (contoh: “Wow, awak dapat jawapan yang tepat. Hebatnya!”)

2. Kerap menggunakan ungkapan pujian.

Penggunaan pujian amat penting. Pujian membuat kanak-kanak memahami apakah tingkah laku yang baik, merasai ibu bapa menyayanginya dan dapat meningkatkan rasa harga dirinya.

Kata-kata negatif tidak membantu malahan boleh merosakkan rasa harga diri anak.

Anak tidak dapat belajar cara memperbaiki dirinya bila disindir atau dimaki. Malah perasaan takut dan marah akan bersarang dalam dirinya. Contoh: takut melakukan kesilapan, takut ibu bapa akan memarahi atau memukulnya jika ia tidak melakukan sesuatu dengan baik. Akhirnya anak akan terus takut untuk mencuba.

Cara-cara:

  • Panggil anak dengan namanya atau panggilan yang mesra.
  • Pastikan anda menjelaskan kepadanya apa kebaikan yang telah dilakukannya.
  • Nyatakan perasaan anda (“ibu gembira dengan apa yang awak lakukan; “syabas! Ayah amat bangga”)
  • Beri perhatian tambahan terhadap perlakuan positifnya melalui sentuhan, dakapan, ciuman atau tepukan.
  • Luahkan pujian serta merta dan secara konsisten setiap kali mereka berkelakuan baik.

3. Tetapkan peraturan dan undang-undang di rumah.

Setiap keluarga mesti mempunyai peraturan di rumah yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh ahli keluarga.

Anak perlu tahu apa yang seharusnya mereka patuh. Adalah penting setiap ibu bapa menyatakan dengan jelas kepada anak akan peraturan-peraturan tersebut. Kerap berlaku di mana ibu bapa memarahi anak apabila berlaku sesuatu masalah tanpa memperjelaskan perlakuan yang diingini mereka.

Cara-cara:

Terangkan apakah tingkah laku yang tidak baik (Contoh: memukul kawan yang mengambil alat permainannya)

  • Jelaskan mengapa tingkah laku itu tidak wajar.
  • Tunjukkan padanya perlakuan pilihan yang lebih sesuai.
  • Terangkan kepadanya apakah kesan positif dari tingkahlaku yang sesuai. Contohnya: “Menjerit, meraung dan memekik adalah tidak sopan dan bising. Jika kamu memperlahankan suara kamu dan beritahu saya apa yang kamu mahu dengan sopan barulah saya akan dengar permintaan kamu itu.”
  • Bawa bertenang. Bercakaplah dengan gaya yang tenang dan sopan. Anak anda akan meniru perbuatan anda. Jangan marah anak anda semasa anda merasa amat marah kerana pada masa itu anda tidak dapat berfikir dengan baik. Akibatnya anda gagal menjadi contoh yang baik untuk anak anda belajar mengawal perasaan marahnya nanti.

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen