Antara Hadiah Ibu Bapa Boleh Berikan Pada Anak-Anak Kecil Sebagai Ganjaran.

Menjadi pelajar yang cemerlang dan produktif ketika taska dan pra-sekolah adalah impian para ibu bapa. Tumbesaran anak yang baik dapat menunjukkan anak-anak mampu bersosial, aktif dan kreatif dalam menjalani pelbagai aktiviti. Bukan sahaja pada peringkat pra-sekolah sahaja, di setiap peringkat usia anak-anak, mereka sepatutnya diberikan ganjaran sekiranya mampu membuat sesuatu yang dapat menggembirakan ibu bapa.

Malahan, ibu bapa juga sepatutnya tidak boleh memilih kasih pada anak-anak yang mahu diberikan ganjaran. Semua anak-anak perlu diperlakukan dengan adil, saksama dan bijaksana.

Jadi, antara cadangan yang ibu bapa boleh berikan hadiah pada anak-anak yang masih kecil adalah…

1. Kostum atau baju karakter kartun kesayangan.

Pada masa kini, terlalu banyak kartun-kartun di televisyen atau mana-mana platform yang boleh dipertonton oleh anak-anak. Tidak kira kartun tempatan atau antarabangsa. Namun, anak-anak masa kini memang teruja apabila mendengar lagu Didi & Friends, kartun antarabangsa pula Elsa Frozen, Superman, Batman dan sebagainya. Sekiranya anak-anak meminati karater tersebut, cubalah cari kostum karakter tersebut sebagai ganjaran.

Image result for kostum superman

Kredit Foto: Google

2. Set alat tulis.

Pada usia yang masih muda, anak-anak kecil memang suka menconteng apa sahaja yang terlintas di minda mereka. Para ibu bapa pasti berpengalaman memiliki anak-anak yang suka menconteng dinding rumah, jangan takut sekiranya anak-anak berkelakuan begini kerana ia adalah normal. Dan jangan takut sekiranya memberi alat tulis pada anak-anak, jika ibu bapa memberi langkah yang baik untuk diikut pasti mereka tidak menconteng pada dinding rumah.

Berikan juga buku untuk mewarna dan melukis.

Image result for set alat tulis

Kredit Foto: Alibaba

3. Set Lego.

Set lego amat baik untuk perkembangan otak anak-anak. Malahan ibu bapa boleh mencari set lego yang sesuai dengan jantina anak-anak. Kalau anak lelaki, hadiahkan anak-anak lego yang seperti membina lori atau karakter kartun yang mereka minati. Kalau anak perempuan, hadiahkan mereka lego yang lebih feminin pula. Namun, sekiranya anak-anak sudah meningkat besar, hadiahkan mereka lego yang sedikit merumitkan supaya dapat meningkatkan tahap kreatif minda anak-anak.

Image result for set lego

Kredit Foto: Lego

4. Buku Cerita.

Secara tipikal, para ibu bapa sudah biasa menghadiahkan buku cerita pada anak-anak. Jangan berhenti memberi hadiah buku cerita kerana ia boleh memupuk kesedaran membaca pada anak-anak sejak dari kecil lagi. Seperti point nombor 3 juga, semakin meningkat umur anak-anak, ibu bapa perlu hadiahkan buku yang sesuai dengan usianya. Bagi buku yang boleh membuatkan mereka berfikir dan banyak bertanya. Terutamanya tentang kisah-kisah Nabi SAW dan sahabat.

Related image

Kredit Foto: Google

 

5. Mainan alat muzik.

Mainan alat muzik bukan sahaja membuatkan anak-anak tahu tentang alatan muzik, malah membuat mereka menjadi seorang anak yang kreatif. Bagi hadiah yang berupa satu set alat muzik, pasti anak-anak teruja untuk bermain. Ada microphone, drum, gitar dan sebagainya.

Image result for set mainan muzik

Kredit Foto: Bridgat

Selain daripada itu, ibu bapa juga boleh memberikan anak-anak mainan untuk meningkatkan pengetahuan mereka seperti

  • Globe.

Image result for globe

Kredit Foto: Google

  • Planet.

Image result for alat mainan planet

Kredit Foto: Google

  • Alat mainan sains.

Image result for alat mainan sains

Kredit Foto: Amazon

Ganjaran seperti ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahuan mereka untuk membuat apa yang mereka inginkan, malah dapat menambah pengetahuan mereka tanpa sedar.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen