"Saya Percaya Masa Akan Merawat Saya Dan Juga Qayyum..." Datin Shahidah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mana-mana ibu pasti mahukan yang terbaik buat anaknya, bahkan seorang ibu juga pasti akan bertindak segera untuk melindungi anak-anaknya.

Sesiapa pun pasti akan berasa sedih apabila membaca luahan Datin Shahidah ini mengenai anak angkat dan susuannya Qayyum yang telah diambil semula oleh ibu kandungnya. Berdasarkan perkongsian Datin Shahidah di Instagram miliknya, jelas tergambar sedikit kekecewaannya tapi pada masa yang sama beliau tidak menyalahkan ibu kandung Qayyum.



Jelasnya, jika dirinya berada di tempat yang sama ibu kandung Qayyum, dirinya turut akan melakukan perkara yang sama.

                     

“Saya tak sedih pun saya pura-pura sedih aja!!!

Nak tahu kenapa saya tak bagi kutuk-kutuk mak Qayyum lebih-lebih??

Sebab kalau saya ada di tempat dia maybe saya akan buat yang sama. Zaman laman sosial ni, macam-macam benda boleh jadi......

Netizen yang start compare Qayyum Ameena dan Yusoff, dari start saya mengandung dah macam-macam komen keluar, dah mengandung nanti pilih kasih, lepas tu dah beranak komen pula kenapa Yusoff beranak kat hospital ni kenapa mak Qayyum dan Ameena bagi beranak kat hospital lain, dah lahir compare pula majlis cukur jambul, lepas tu compare pula apa yang hadiah Yusoff dapat dengan yang Ameena Qayyum dapat, compare strollers, baju, kasut, bercuti, hari jadi semua lah selagi boleh pakai jari-jari tu selagi tu la macam-macam menulis.

Korang ingat mak dia tak baca ke, pastu komen pula kata Qayyum lembab la, tak sihat la, terencat la.... Ameena tak,itu lah inilah dan inilah apa yang berlaku sekarang. Belum lagi isu tunjal kepala la. Apa lagi nak jadikan isu lepas ni. Kadang-kadang doktor yang suntik pun korang bawangkan sebab kononnya beza-bezakan anak yusoff doktor lain ni doktor lain, dah dia beranak hospital tu. Situ lah dia pergi...

Jangan pandai-pandai nak salahkan mak dia lebih-lebih sangat sebab jari jemari kita ligat mengutuk... So tak perlu nak sedih-sedih sangat sebab puncanya dari kita semua....

Tak Marah dan tak dendam.

Saya tidak marah dan berdendam, cuma supaya benda-benda ni tidak berlaku pada masa lain, yang dah jadi tak boleh putar balik pun. Cuma doakan yang terbaik je dah memadai, saya percaya masa akan merawat saya dan juga Qayyum. Nak gaduh dengan netizen pun tak guna nanti balik-balik mereka juga yang betul dan baik. Jangan Bimbang, netizen sentiasa betul, yang salahnya saya, keluarga saya tak cukup baik. Apapun don’t worry saya tidak sedih mana pun… Pura-pura sedih aja…

Jangan bimbang pasal Yom sebab Allah punya rencana terbaik. Mak dia pasti jaga dia lebih baik, saya anggap saya tolong jagakan sahaja dalam 1 tahun ni. Saya boleh jer tak nak bagi tapi macam mana pun itu tetap mak dia. Jadi tak nak kemudian hari saya dipersalahkan sebab pisahkan dia dari mak nya."


Ada rezeki jumpa lagi.

                     

"Bye-bye.... Waktu saya post ni mungkin yom dah ada di pangkuan mak dia. Sorry sayang mama tak dapat hantar!!

Mama doakan Yom jadi anak yang soleh dan membahagiakan ibu bapa Yom. Mama halalkan air susu mama untuk yom. Mama minta maaf kekurangan mama jaga yom dan mungkin tak sebaik ibu yom jaga!!!

Ada rezeki kita jumpa ya sayang!! Tak jumpa di dunia kita jumpa di syurga (kalau mama masuk syurga la!)"

                      

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen