Jom Ikuti 8 Cara Ini Supaya Tidak Stress Di Tempat Kerja.

Kebiasaannya, majoriti dikalangan kita meluangkan banyak masa di pejabat. 40 jam seminggu kadang-kala sudah membuatkan individu menjadi penat, tidak terdaya, lesu sekiranya stress dengan keadaan di pejabat. Kadang-kala bukannya tertekan dengan kerja yang telah disediakan, namun tertekan dengan sikap manusia yang kadang-kala tidak seperti yang kita jangkakan.

Oleh itu, sebelum anda nak murung dan stress semata-mata dengan kerja sahaja, apakata ikut 8 cara ini…

1. Jangan Bergossip.

Bergossip atau mengumpat sebenarnya membuat individu terlalu memikirkan hal orang lain berbanding dengan kerja yang mahu dilakukan setiap hari.

“Kau ni tak ada kerja ke, asyik bergossip je..”

Dengan terlalu memikirkan hal orang lain, ia membuatkan anda seperti individu yang suka sibuk dengan kain orang lain dan secara tidak langsung menekan minda anda memikirkan hal yang tidak penting.

2. Jangan sebarkan masalah peribadi di pejabat.

Jika anda mempunyai masalah peribadi dengan keluarga usah cerita pada rakan sekerja atau majikan, ataupun sekiranya anda mempunyai masalah di tempat kerja, jangan pula sebarkan pada sosial media pula. Hubungan sosial anda akan menjadi tidak sihat dan akan menggambarkan anda sebenarnya individu yang negatif.

3. Jangan overtime sekiranya tidak perlu.

Kadang-kala ada yang overtime kerana mahu bergossip atau teman rakan sekerja sahaja. Tiada kerja yang penting pun. Dan ada juga buat overtime semata-mata melakukan kerja orang lain pula. Jadi, jangan cakap kenapa anda begitu tertekan di pejabat. Anda yang cari masalah.

4. Jangan ada skandal.

Hubungan di pejabat hanya sebagai majikan dan rakan sekerja sahaja, bukan skandal terutamanya bagi mereka yang sudah berkahwin. Kalau yang bujang nak cari jodoh tu, tiada masalah kerana sama-sama single. Namun, jangan pula dah berkahwin mengaku single pula. Bukan sahaja melibatkan masalah hubungan dengan pasangan, malah apabila tersebar gossip ini, pasti jiwa tertekan.

5. Jangan terlebih kerja semata-mata nak naik pangkat.

Ada juga sebahagian daripada kita terlalu keras bekerja sehingga mengabaikan kesihatan kerana mahu naik pangkat dengan cepat. Jangan terburu-buru mengejar jawatan tinggi jika selepas kenaikan pangkat tersebut anda mula menjadi penat, pemalas, dan tidak konsisten dengan prestasi kerja anda. Majikan pun makin lama tak percaya dengan anda nanti.

6. Dengar boleh, percaya jangan.

Jika anda terdengar maklumat daripada orang lain dan bukan dari empunya badan sendiri, jangan percaya bulat-bulat. Jangan cuba melibatkan diri dengan perkara yang remeh-temeh atau perkara peribadi yang berkaitan dengan rakan sekerja anda. Rakan sekerja hanya kongsi cerita berkenaan dengan pejabat sahaja.

7. Jangan jadi ‘pak sanggup’.

Anda sanggup melakukan apa sahaja kerja yang bukan dalam bidang anda juga. Terutamanya bagi mereka yang baru mula bekerja, melakukan kerja diluar bidang kerana hanya mahu menunjuk orang lain kagum dengan anda, dimana anda sangat rajin dan boleh terima perintah. Tetapi jangan makin lama, ‘termakan’ diri sendiri pula.

8. Jangan lebihkan kerja daripada keluarga.

Keluarga sakit di kampung halaman, tetapi ada banyak kerja yang perlu dilakukan pula. Ketahuilah anda, kerja di pejabat memang tidak akan pernah habis. Setiap hari ada sahaja kerja baru yang perlu diselesaikan. Namun, satu nyawa tidak boleh diganti lagi. Ingat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen