Ikuti Rutin Kecantikan Ini Untuk Dapatkan Kulit Seperti Gadis Korea.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seperti yang kita tahu bahawa orang-orang Korea ini miliki kulit yang mulus dan bersih. Walaupun negara ini terkenal dengan pembedahan plastik, tapi mereka ini juga terkenal dengan gaya penjagaan kulit muka yang berkesan dan sempurna.

Setiap rutin kecantikan yang dilakukan pasti akan memberi manfaat untuk mendapatkan kulit yang anjal dan sempurna. Tetapi betul ke setiap orang Korea ini menggunakan lebih 10 jenis produk kecantikan untuk mendapatkan kulit yang diinginkan itu?

Sebenarnya, mereka ini hanya mengutamakan penjagaan muka pada waktu siang, di mana mereka hanya menggunakan 5 langkah ini sahaja tetapi memberikan kesan yang baik untuk kulit. Rutin apa yang mereka lakukan setiap pagi? Jom Ketahuinya.



1. Double Cleanse.

                             

Lakukan pembersihan muka dua kali adalah langkah wajib yang digunakan oleh orang Korea. Wanita Korea percaya bahawa peluh, kotoran dan habuk melekat pada bantal dan kulit apabila kita tidur. Secara automatik ini menjadikan kulit kotor. Jadi, jangan terlepas untuk membersihkan kulit dengan cara double cleansing pada waktu pagi.

2. Toner.

                         

Toner adalah langkah yang sememangnya akan digunakan oleh sesiapa pun, begitu juga wanita Korea. Toner adalah untuk mengimbangi pH pada kulit dan membantu penyerapan produk menjadi lebih optimum. Pilih toner dengan formula lembut yang akan digunakan pada waktu pagi.

3. Essence.

                           

Langkah ini sebenarnya adalah pilihan. Menambah essence dalam rutin kecantikan akan meningkatkan penghidratan kulit supaya ia dapat mengawal sebum lebih baik. Memandangkan pada siang hari, kulit memerlukan perlindungan tambahan daripada pencemaran, dan cahaya UV, yang berpotensi menyebabkan kulit menjadi kering. Maka tidak ada salahnya untuk menambah satu langkah ini.

4. Pelembap

                          

Pilih pelembap yang tak meninggalkan kesan lekit dan berminyak pada wajah anda. Gunakanlah pelembap dengan tekstur ringan sehingga mampu mempertahankan barrier kulit anda.

5. Sunscreen atau sunblock.

                          

Sunblock atau sunscreen adalah langkah terakhir dalam penggunaan skincare di pagi hari. Pilih sunscreen dengan formula non-comedogenic serta dengan kadar SPF minimum 30 PA+++ sehingga kulit terlindung secara sepenuhnya.

Dengan 5 langkah mudah ini, anda tidak akan membuang banyak masa anda bahkan anda juga akan miliki kulit yang sihat. Jadi apa tunggu lagi, jom cuba.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen