Jadilah Teman Lelaki Yang Tak Kedekut, Tapi Masih Belum Pokai Dengan Tips Ini.

Menjadi lelaki pada zaman sekarang, banyak juga cabaran yang perlu dilalui, namun buat apa nak gentar, anak lelaki kan? Jangan mudah putus asa!

Lelaki yang dicipta untuk menjadi pemimpin sudah tentu banyak cabaran, dugaan dan ujian yang perlu dilalui. Dengan ego tersendiri dan boleh berfikiran secara rasional, sudah pasti ia menunjuk aras bahawa lelakilah yang boleh membimbing wanita sehinggalah ke alam perkahwinan. Jadi, persiapkan diri anda untuk menjadi teman lelaki yang tidak kedekut tetapi masih boleh merancang kewangan walaupun sudah memiliki kekasih.

Ini akan mendidik anda menjadi suami yang tidak ralat memberi nafkah walaupun isteri memiliki kerjaya sendiri. Wanita memiliki kerjaya, pendapatan dan harta sendiri sebenarnya sedikit sebanyak membantu para lelaki di masa hadapan. Sama-sama merancang kewangan, bukannya menjadi gila kuasa.

Oleh itu, para lelaki jangan lah kedekut dengan kekasih, tetapi masih boleh kawal perancangan dengan…

1. Merancang beli hadiah dengan awal.

Setiap kaum wanita pasti menginginkan hadiah ketika tarikh-tarikh penting, kalau tak dapat ketika ulang tahun perkahwinan, sekurang-kurangnya ketika hari lahir. Jadi, para lelaki harus setkan tarikh penting ini supaya dapat merancang untuk membeli hadiah. Kumpul duit sedikit demi sedikit sehingga ke tarikh tersebut.

Nanti, tak ada lah alasan merepek, kenapa tak beli hadiah, kan?

2. Berbelanja ikut tempat.

Janganlah setiap masa nak makan di restoran mahal sahaja, berbelanja ikut tempat dan kemampuan. Ada sahaja gerai melayu yang masih sedap masakannya yang boleh kekasih anda tersebut. Kenyang pun kenyang, makan sehari pun cukup, eh…

3. Jangan berhutang.

Janganlah berhutang demi nak manjakan sangat kekasih anda. Apa salahnya berbelanja sedikit untuk bulan tersebut sebab nak simpan duit. Wanita yang baik tidak akan cuba mengikis duit anda diluar kemampuan. Kalau anda lelaki sudah menunjuk suka berhutang, nanti dah kahwin macam mana pula? Silap-silap berhutang dengan isteri sendiri.

4. Beri belanja mengikut kemampuan.

Zaman sekarang, belum jadi isteri pun nak ada belanja juga. Akan tetapi jangan manja sangat setiap bulan bagi belanja pada kekasih sehingga terabai ibu bapa di kampung halaman. Jangan asyik memberi duit sebagai belanja pada kekasih, kerana anda sendiri pun tidak tahu duit itu kemana belanjanya. Lebih baik anda belanja apa yang mereka mahukan di depan mata.

“Nak mekap Sephora…”

“Apa beza Sephora dengan Watson?...”

Jadilah lelaki yang bijak!

Sebab tu penting untuk ambil tahu ilmu-ilmu remeh seperti ini. Supaya kekasih anda tidak mengambil kesempatan.

5. Belajar memasak.

Setiap kali dating, asyik nak makan. Nak makan sedap-sedap pula tu. Apa kata anda belajar memasak pula. Nak belajar memasak dengan kekasih bersama-sama lebih bagus. Jimat dan sangat praktikal, disamping dapat meluangkan masa bersama. Tak kedekut masa. Tak kedekut duit. Tak kedekut tenaga. Mudah!

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen