Antara Kebaikan Bendi Yang Kita Tidak Tahu.

Siapa yang tak kenal dengan kacang bendi? Kacang bendi adalah sayuran yang mak-mak selalu letak dalam masakan ikan singgang, kari, sayur goreng atau sebagai ulaman sahaja. Sebenarnya sayur kacang bendi ini mempunyai banyak manfaat yang sihat untuk tubuh badan kita kerana ia mengandungi kalium, vitamin B, vitamin C, asid folik, dan kalsium.

Manfaat yang kita dapat adalah:

  • Merendahkan kolestrol.
  • Mengurangkan asma/lelah.
  • Mengawal penyakit kencing manis.
  • Meningkatkan sistem imun.
  • Mencegah penyakit buah pinggang.
  • Menggalakkan kehamilan yang sihat.

Doktor Rizal Abu Bakar yang telah mencipta neuroparenting, telah berkongsi di laman facebooknya mengenai kebaikan sayur kacang bendi ini…

********

Petang ini kuliah sampai jam 5 petang. Saya habiskan awal sejam. Ada mesyuarat yang Dekan minta saya sertai.

Ketika mahu ke bilik mesyuarat, cikpuan isteri telefon. Mahu sayur apa hari ini. “Bendi stim” jawab saya ringkas.

Ramai tidak tahu betapa hebatnya bendi yang juga disebut kacang lendir ini.

Bendi walaupun kecil, besar pada manfaat dan khasiatnya.

Biji bendi contohnya ada anti oksida catechin, epicatechin, procyanidin. Walaupun kecil bijinya juga ada vitamin B1 dan B2, quercetin.

Tidak hairanlah atlet negara China jadikan bendi sebagai sajian utama sewaktu Sukan Olimpik Beijing.

Lebih menarik tentang bendi ini, kajian dapati bendi adalah:

1) anti diabetic - fiber dari bendi perlahankan kemasukan gula dalam darah.

2) anti kolesterol - pectin di dalam bendi bantu rendahkan kolesterol sebanyak 10% berdasarkan kajian.

3) penjaga neuron atau sel otak - catechin bertindak menghalang sel otak dari mati.

4) tingkatkan kapasiti otak - epicatechin di dalam bendi hidupkan sel otak atau neurogenesis terutamanya bahagian otak yang libatkan belajar dan memori.

5) anti nyanyuk atau alzheimer - quercetin dan procyanidin di dalam bendi punyai kapasiti halang penyakit berkaitan neurodegenrative seperti alzheimer dan dementia. Ia juga bertindak sebagai neuroprotection atau penjaga kepada sel otak.

Begitulah hebatnya makhluk kecil ini. Saya biasanya ratah begitu sahaja. Sebab mahu kekalkan nutrisi di dalamnya. Bagi saya bendi adalah brain vege yang perlu diambil 2-3 kali seminggu.

Cubalah. Ia murah, mudah disediakan dan sedap.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen