Sukar Untuk Melakukan Simpanan, Mungkin Kerana 4 Faktor Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak ramai orang bijak dalam pengurusan kewangan mereka, walaupun rata-rata daripada kita ini mempunyai impian menjadi seorang yang senang atau kaya dikemudian hari. Bahkan ada juga yang mengimpikan untuk membeli rumah yang mewah, sebidang tanah ataupun sebuah kereta mewah pada masa akan datang.

Walau bagaimanapun, ramai yang hanya mengangankannya sahaja dan tidak ramai yang mahu berusaha untuk mencapai perkara tersebut. Apa yang membuat mereka ini lebih pilih untuk berangan daripada melakukan satu tindakan yang kecil?



Jangan biarkan diri anda selama-lamanya dalam angan sahaja melainkan anda sememangnya tidak mahu mengecapai apa yang dimahukan itu.

1. Terlalu takut untuk memulakan.

Biasanya yang menjadi punca seseorang itu tidak melakukan simpanan adalah kerana dirinya takut untuk memulakan perkara tersebut. Apa yang mereka takutkan adalah takut sekiranya wangnya tidak mencukupi hingga hujung bulan, bahkan takut sekiranya dirinya tidak mampu melakukan dengan konsisten serta baik.

Perasaan takut itu membuatkan seseorang itu menangguhkan niatnya untuk melakukan simpana, takaful dan juga pelaburan.

2. Tidak bijak menguruskan kewangan.

Seperti biasalah, mereka yang tidak bijak menguruskan kewangan biasanya sukar untuk melakukan simpanan buat diri mereka. Hal ini kerana, mereka tidak mampu mengawal pengeluaran wang yang ada. Apa yang mereka ini lakukan adalah, setiap perkara yang diinginkan itu adalah tercapai dan mereka miliki.

Sebab itulah merek ini sukar untuk miliki simpanan sedangkan simpanan itu akan membuat mereka mampu mendapatkan apa yang mereka mahukan.

                     

3. Tak tahu nak mula dari mana.

Perkara ini biasanya terjadi pada anak muda, di mana mereka ini kurang pengetahuan terhadap pengurusan kewangan. Malah mereka ini juga tidak tahu siapa yang sesuai untuk dijadikan rujukan sekaligus membuatkan mereka ini tidak tahu nak mula dari mana. Jadi mereka lebih banyak menangguhkan niat mereka hingga mengakibatkan mereka tidak melakukan sebarang simpanan untuk masa hadapan.


4. Tiada matlamat.

Biasanya mereka yang tidak melakukan simpanan ini adalah mereka yang tidak mempunyai matlamat. Mana tidaknya, mereka tidak tahu tujuan sebenar simpanan mereka. Jadi bagi mereka daripada simpan wang tanpa tujuan adalah lebih baik wang yang ada itu digunakan untuk berbelanja sesuatu yang mereka inginkan.

Perkara-perkara sebegini biasanya menjadi penghalang buat seseorang itu untuk memulakan simpanan. Mereka ini biasanya kurang mempunyai kesedaran akan kepentingan wang simpanan pada masa akan datang.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen