Ibu Yang Hamil Masih Susukan Anaknya, Selamat Ke Buat Ibu?

Oleh: Zuzu Yasmine

Rezeki itu akan datang pada bila-bila masa sahaja tanpa anda duga dan jangka. Bahkan rezeki itu datang dengan pelbagai cara, ada yang datang bentuk wang ringgit, ada yang datang dalam kesihatan, ada yang datang dalam bentuk anak-anak dan pelbagai lagi. Semuanya bergantung pada kita untuk menilai rezeki tersebut.

Setiap ibu pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. Ada sesetengah ibu menyusukan anak-anaknya sehingga berumur 2 tahun lebih. Semua kerana mengharapkan anaknya membesar dengan sihat dan kuat. Tapi pada masa yang sama, ibu tersebut mengandungkan anak lain. Apa yang harus si ibu lakukan jika berdepan dengan masalah sebegini?

Adakah dirinya perlu berhenti menyusukan bayi tersebut?

Adakah kesihatan ibunya akan terjejas?



Seperti yang kita biasa dengar, penyusuan badan secara ekslusif boleh bertindak sebagai perancang keluarga semulajadi. Namun, ada wanita yang disahkan hamil di kala usia bayi baru menginjak 6 bulan.

Nak diberhentikan, kasihan pada bayi. Tapi, ada yang mengaitkan penyusuan badan semasa hamil dengan keguguran. Ada pula yang mengatakan bahawa susu bayi tidak berkualiti dan menjadi darah. Benarkah begitu?

Kesan menyusu ketika hamil. Selamatkah ?

Secara umumnya, menyusu ketika hamil adalah selamat. Walaubagaimanapun, ia bergantung juga kepada keadaan kehamilan si ibu.

                       

Antara kesan yang boleh timbul semasa proses penyusuan badan apabila hamil adalah:

1. Ketidakselesaan pada bahagian rahim dan payudara.

Produksi hormon oksitoksin meningkat dan ibu akan mengalami sedikit kontraksi. Ketika ini, mungkin ibu akan merasa sedikit nyeri pada bahagian rahim dan payudara.

2. Jumlah susu berkurangan.

Kualiti penghasilan susu boleh berkurang akibat peningkatan hormon estrogen. Perbanyakkan makanan yang berserat, flavonoid, magnesium untuk membantu mengekalkan susu badan anda.

3. Cepat haus.

Antara lainnya, ibu hamil mungkin akan berasa cepat haus dan letih apabila menyusu ketika hamil.
Pastika anda mendapatkan segelas air setiap kali selepas menyusu untuk memastikan anda tidak mengalami dehidrasi.

4. Stres.

Bukan mudah untuk mengurus bayi kecil dalam keadaan mengandung. Selain mengalami masalah kehamilan seperti sering ke tandas, anda juga mungkin akan mengalami keletihan akibat aktiviti harian dan tugas menguruskan bayi.

Maka, ketahui had anda dan jangan terlalu memaksa diri sekiranya anda berasa terlalu letih untuk melakukannya.

                    

Hukum Menyusu Ketika Hamil.

Menurut hukum Islam, terdapat sebuah ayat yang popular dikaitkan dengan penyusuan badan iaitu dari surah al-Baqarah: 233:


وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ
Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”


Menurut Muhammad Abdul Kadir dari Jabatan Mufti Negeri Perlis, ayat ini adalah berupa bimbingan dan panduan. Bukanlah suatu kewajipan sehingga kita berdosa jika tidak mengikutinya.

Berkenaan susu akan bertukar menjadi darah, ia merupakan sebuah mitos yang tidak patut dipercayai. Menurut sumber, tiada sebarang dalil mahupun bukti klinikal yang dapat menyokong dakwaan ini.

Tanda Bahaya Menyusu Ketika Hamil.

                     


i. Setiap ibu tentu mahukan yang terbaik buat anak mereka. Namun, anda perlu berwaspada sekiranya terdapat tanda yang membahayakan kesihatan anda mahupun kandungan.

ii. Oleh itu, sekiranya anda berasa terlalu letih, mengalami pendarahan setiap kali menyusukan bayi, atau kekejangan kronik, sakit belakang yang serius, atau rasa kontraksi amat yang menyakitkan, cubalah bertanyakan pakar laktasi dan dapatkan nasihat doktor.

iii. Anda juga tidak digalakkan menyusu ketika hamil sekiranya anda pernah berhadapan dengan kes keguguran atau berpengalaman melahirkan bayi pramatang. Jika ragu-ragu, anda boleh mendapatkan konsultasi doktor bagi mengetahui kesesuaian keadaan anda untuk menyusu badan ketika hamil.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen