Lelaki Ini Kongsi Tips Menjadi Menantu Yang Baik Dalam Keluarga Mertua, Mudah Sahaja Rupanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasanya jarang sekali kita mendengar masalah di antara menantu lelaki dan juga keluarga mertua ini, melainkan jika menantu itu melakukan kesalahan terhadap isterinya. Biasanya bonding di antara menantu lelaki dan keluarga mertua ini tidak susah pun, nak-nak lagi jika anda seorang yang pandai mengambil hati mereka.

Walaupun jarang mempunyai masalah, itu bukan bermaksud anda boleh mengabaikan langkah-langkah untuk menjadi menantu yang baik. Apabila anda menjadi menantu yang baik, anda juga akan disenangi oleh ahli keluarga yang lain. Tapi jika anda merasakan ada jurang di antara anda dan keluarga mertua, mungkin anda boleh baca perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin ini.

Berdasarkan perkongsiannya, tidak susah sebenarnya untuk menjadi menantu yang baik. Anda perlu buang dahulu jurang yang anda bina, itu yang menyebabkan anda rasa tidak selesa akan hubungan yang ada.



Macam mana nak jadi menantu lelaki yang baik?

Saya ada ibu mertua sahaja, tak ada ayah mertua. Saya boleh la kongsikan sedikit sebanyak al kisah saya dengan ibu mertua...

Rutin harian bermula seawal 6.30 pagi. Bila balik ke kampung wife, bilik wife sebelah dapur. Bila mertua masuk dapur, ketung ketanggg ketunngg ketangg dah dengar bunyi. Alarm yang kita kunci pun tak bunyi lagi tapi bunyi mertua buat kerja dekat dapur dah dengar dah...

Bangun dengan rambut afro, mata bengkak..."Mak buat apa mak awai-awai ni..."

Nak buat cekodok. Cari tepung tak jumpa...

"Tak apa-apa, saya keluar beli sarapan jap lagi, mak tak payah buat sarapan". Saya pun solat, siap-siap, p dapur lagi sekali, tanya dia..."Apa yang mak nak saya beli? Ikan, ayam, daging? Sayur apa yang mak nak masak..."

"Hang beli ikan 2, 3 jenis, ayam sekoq, sayuq bayam, carrot, tomato, kobis bunga, putik jagung...cabai kecik, cabai besar..."

Tak tulis dah, semua masuk terus dalam kepala otak. Tahu dah ni bahan-bahan nak buat tomyam ni...

"Suratkhabar mak nak tak...?"

"Beli metro..."

Start kereta, p beli sarapan, singgah market. Beli semua benda alah yang dia kirim. Balik, bagi dekat dia...

Lepas tu, sambung membuta...

Dia siap masak, kita makan. Pastu membawang sat dengan dia sambil-sambil dia dok belek suratkhabar tu, tanya dia ada kenduri mana, sapa mati baru-baru ni dan sebagainya. Berkomunikasi, menyembang dengan dia...

"Mak, malam ni mak chhhootiii, kita makan western dekat kedai"

Bawak dia keluar makan, bawak dia p beli barang, bawak dia p berjalan-jalan...

Jadi diri sendiri, tak payah nak impresskan dia sangat, tak payah nak berlakon dengan dia, layan dia macam mana kita layan mak kita sendiri. Jangan bagun lambt, jangan tinggal solat, ringankan tulang, tolong buat apa yang patut walaupun sekadar tolong jadi runner p kedai...

Nak jadi menantu yang baik tak susah, cumanya jangan letak jurang bahawa dia tu mertua kita. Anggap dia tu mak kita, insyaAllah kita akan dapat masuk kepala dengannya...

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen