Kerap Mengalami Kencing Berbuih Dan Kaki Bengkak, Dapatkan Rawatan Dengan Kadar Segera.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila melibatkan kesihatan diri ini, banyak yang memandang ringan dan mudah sahaja. Hal ini kerana, rata-rata merasakan bahawa apabila umur semakin meningkat barulah sesuai untuk melakukan rawatan susulan di hospital. Sedangkan penyakit tidak akan menyerang seseorang mengikut umur mereka.

Mengabaikan tanda-tanda yang pelik pada tubuh badan ini akan memberi keburukan kepada diri sendiri, terutama jika anda kerap mengalami kencing berbuih dan juga kaki bengkak. Ini kerana, anda kemungkinan menghidap penyakit buah pinggang.

Penyakit ini akan menyerang sesiapa sahaja, tanpa melihat peringkat umur, tidak kiralah bermula dari bayi mahupun orang dewasa, semuanya boleh mempunyai penyakit ini.



Menurut Dr. Lily Mushahar, kaki bengkak dan kencing berbuih sebenarnya berkait rapat. Keadaan ini disebabkan sistem penapisan di dalam buah pinggang terganggu dan protein bocor keluar melalui air kencing (proteinuria).

        

Berdasarkan perkongsiannya, beliau kerap menerima pesakit yang mengalami keadaan ini. Kencing berbuih di dalam toilet bowl dan kaki bengkak. Keadaan ini disebabkan sistem penapisan di dalam buah pinggang terganggu dan protein bocor keluar melalui air kencing (proteinuria). Bila protein dalam badan kurang.... Kaki pun bengkak lah.

Lagi banyak protein keluar, lagi cepat buah pinggang boleh rosak jika tidak dirawat. Keadaan ini dikatakan "Nephrotic syndrome". Boleh disebabkan oleh kesan pelbagai penyakit lain seperti kencing manis, SLE dan sebagainya. Biasanya perlu ambil sampel tisu buah-pinggang sikit untuk kepastian penyakit.

Ia boleh berlaku kepada semua golongan umur, dari umur bayi hinggalah umur tua. Penyakit ini boleh dirawat dan sembuh jika pesakit cepat dapat rawatan yang betul. Yang penting, kena makan ubat betul-betul, tidak boleh ponteng-ponteng ya...

Cuba tengok kencing anda dalam toilet bowl. Kalau ada sila jumpa doktor please.

                                                     


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen