“Ingatkan Kahwin Itu Indah, Tetapi Sebenarnya Banyak Cabaran..” Usah Berangan Terlalu Lama!

Secara tipikal, anak muda memang sentiasa mengidamkan perkahwinan yang indah ibarat Puteri Raja, memakai gaun kembang, pasangan yang cantik/kacak dan sebagainya. Terutamanya golongan gadis-gadis muda yang baru melangkah ke hidup berdikari seperti mencari duit sendiri, pasti gemar berangan tentang hal perkahwinan ini.

BERANGAN ITU PERCUMA.

Berangan saling membahagiakan.

Berangan saling sayang-menyayangi.

Berangan saling hormat-menghormati.

Berangan sering melakukan kerja rumah bersama dengan pasangan.

Berangan mendapat anak comel yang diidamkan.

Berangan pasangan akan sentiasa memimpin tangan ketika melintas jalan.

Berangan akan sentiasa dipeluk oleh pasangan sebelum tidur.

Namun, semua berangan itu TERHENTI setelah mengetahui cabaran sebenar dalam perkahwinan.

Bahkan ada yang sudah menghadapi dugaan di awal pertunangan juga.

Tidak salah pun untuk berangan, tetapi berpijak di dunia kenyataan.

Teknologi pun boleh berubah, inikan sikap manusia yang berlandaskan hati dan perasaan yang mudah berbolak-balik.

Apabila sudah masuk ke alam rumah tangga, sebenarnya angan-angan dibayangkan tidak semudah imaginasi yang kita reka. Terlalu banyak halangan dan cabaran demi mencapai kebahagiaan dan mengekalkan kasih sayang suami isteri.

Jika terkandas, pasti menemui jalan perpisahan.

ANTARA CABARAN YANG BAKAL DILALUI

Pada awal perkahwinan atau pun pada fasa berbulan madu, mungkin cabaran yang dialami hanya sedikit sahaja kerana melalui semuanya dengan pasangan berdua. Semuanya indah kerana itu yang kita angankan. Allah SWT memberi peluang untuk kita merasai keindahan perkahwinan supaya dapat bersyukur dengan amanah yang diberi-Nya.

Namun, takdir Allah memang kita tidak dapat menjangka.

Segala cabaran yang bakal dilalui adalah;

1. Tidak lagi berdua.

Ketika menimang cahaya mata, bukan satu atau dua, malah lebih ramai. Cabaran untuk membesarkan anak-anak sangat mempengaruhi emosi pasangan suami isteri. Oleh kerana itu, ramai yang bergelar janda atau duda pada usia yang muda. Jika tiada asas agama, pasti tidak mempercayai dengan rezeki Allah melalui anak-anak ini.

2. Tidak dapat dikurniakan cahaya mata.

Itu jika dapat menimang cahaya mata pada masa yang sudah dirancang atau tidak dirancang. Cabaran yang bakal ditemui adalah sudah bertahun-tahun lama berkahwin, tetapi tidak dikurniakan anak juga. Tekanan pada suami dan isteri berganda. Salah siapa?

Berkemungkinan si suami hanya salahkan isteri seratus peratus, kerana melahirkan zuriat adalah kerja wanita katanya. Padahal, pasangan suami isteri seharusnya sama-sama memeriksa kesihatan organ dalaman seperti peranakan untuk wanita, prostat untuk lelaki.

Jangan terkejut, jika sekiranya organ lelaki yang tidak sihat kerana gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok.

3. Tidak serasi dengan keluarga mertua pula.

Sudah berbulan-bulan berkahwin, tiba-tiba sahaja merasakan tidak serasi dengan keluarga mertua. Masa awal perkenalan mungkin dapat hipokrit dan berpura-pura kerana semata-mata ingin berkahwin dengan anaknya. Namun, lain pula jadinya sekarang. Sebabkan tidak serasi, mahu berpisah.

Dan Terlalu Banyak Cabaran Yang Perlu Dilalui, Usahlah Berangan Terlalu Lama, Tetapi Berpijak Lah Pada Dunia Realiti!

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen