Lelaki Ini Kongsikan 10 Sikap Yang Perlu Kita Terapkan Untuk Hidup Bahagia.

Sebagai manusia biasa, pasti sudah banyak perkara yang kita lakukan dalam hidup untuk berasa bahagia. Untuk mencari kebahagiaan, bukan mengharapkan dari pergantungan insan lain, tetapi perlu bermula dari diri sendiri. Saudara Mizan Dzai telah berkongsi antara sikap yang perlu kita ubah supaya dapat hidup bahagia….

1. Lepaskan rasa risau dan takut.

Ketakutan dan kebimbangan hanyalah imaginasi fikiran kita tentang kejadian di masa depan yang belum tentu lagi akan terjadi.

Kebanyakan hal-hal yang kita risau dan takutkan tak pernah atau belum terjadi. It's all only in our mind.

2. Buang sifat dendam.

Dendam dan marah yang kita simpan hanya akan menyedut tenaga diri, malah hanya mendatangkan kelelahan jiwa. Penat nanti, buanglah.

3. Berhenti mengeluh.

Mengeluh bermakna kita selalu tak terima atau tidak bersyukur dengan apa yang kita ada saat ini. Saat sekarang.

Secara tak sedar kita bawa beban atau fikiran yang keseluruhannya negatif dan sikap tidak yakin pada diri.

4. Ada masalah, selesaikan satu demi satu.

Hanya inilah cara menangani setiap perkara dalam hidup, setiap penyelesaian dalam masalah memerlukan masa dan usaha untuk kita cari jalan keluar.

Satu demi satu. Tapi lekas, semoga kita masih ada kesempatan dan waktu.

5. Tidur dengan nyenyak.

Semua masalah tak perlu dibawa tidur. Sikap dan kebiasaan itu adalah buruk dan sangatlah tidak sihat.

Biasakanlah tidur dengan tenang dan memaafkan semua orang sebelum tidur. Belajar, ikhlas atau tidak akan datang esok bila hati mula tenang.

6. Jauhi urusan orang lain.

Biarkan masalah orang lain menjadi urusan mereka sendiri. Mendengar dan menyibuk adalah 2 perkara yang berbeza.

Mereka memiliki cara tersendiri untuk menangani setiap permasalahan mereka.

7. Hiduplah pada saat ini, bukan masa lalu.

Nikmati masa yang lalu sebagai kenangan, jangan kita tergantung padanya.

Nikmati dan bersyukur dengan kehidupan kita yang sekarang ini, kerana apa yang kita miliki adalah sekarang bukanlah yang semalam, bukan hari esok bussku. Be totally present.

8. Jadi pendengar yang baik.

Saat kita mula belajar mendengar, kita akan dapat idea-idea baru yang berbeza dari orang lain.

Kita akan mula reset permikiran kita untuk belajar dan terima perkara baru yang sebelum ini kita rasakan mustahil.

9. Berfikiran positif.

Rasa kecewa dan tidak puas hati datang dari fikiran yang negatif. Kembalilah berfikir hal positif.

Berkawan dengan orang-orang yang berfikiran positif dan libatkan diri dengan kegiatan yang positif. Siapa kita untuk bersangka buruk pada aturan Tuhan?

10. Bersyukur atas hal-hal kecil yang akan membawa kita pada hal-hal besar.

Sekecil apapun kurniaan yang kita terima akan menghasilkan rezeki-rezeki yang lebih besar serta membawa kita kepada kebahagiaan saat kita mula ikhlas mensyukuri.

In shaa Allah, Salam Jumaat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen