Kata-Kata Positif Yang Keluar Dari Mulut Ibu Bapa Ini Satu Doa, Mari Amalkan Kata-Kata Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ibu mana yang tidak mahu anak yang dikandung 9 bulan itu membesar menjadi seseorang yang berguna satu hari nanti. Sebab itulah, ibu-ibu ini mendidik anak-anak dengan menggunakan cara yang dirasakan sesuai dengan setiap anak mereka.

Selain cara kita mendidik dan sayangi anak, kadang kala apa yang terkeluar dari mulut seorang ibu atau bapa ini juga merupakan satu doa yang dimakbulkan. Sebab itu, apabila ingin menyatakan sesuatu, adalah lebih baik jika ia perkara yang baik-baik sahaja.

Selain berdoa serta memohon untuk dikurniakan seorang anak yang baik serta soleh, terdapat beberapa ayat positif yang sesuai untuk anak-anak anda. Beberapa ayat yang disyorkan oleh Puan Effy Sueffy, ini pasti akan membantu anak-anak anda membesar dengan lebih yakin.



Kata-kata yang terucap dari mulut mak ayah akan meninggalkan kesan dalam diri anak-anak. Tidak kira sama ada ayat positif mahupun negatif.

Penggunaan ayat positif kepada anak-anak akan menjadikan mereka lebih bersemangat, rasa lebih disayangi dan dihargai. Malah mereka juga akan belajar untuk mengamalkannya bila bercakap dengan orang lain.

Berikut disenaraikan beberapa contoh ayat-ayat positif yang perlu kita sebut selalu kepada anak-anak.

1. Semua orang sayang kamu.

2. Ibu sayang kamu.

3. Bila kita jauh, ibu rindu kamu.

4. Bila kamu ada, ibu rasa seronok.

5. Ibu akan buat apa saja untuk lindungi kamu.

6. Bila ibu larang buat sesuatu, itu untuk keselamatan kamu.

7. Ibu percaya kamu.

8. Ibu yakin kamu boleh buat.

9. Idea kamu sangat bagus.

10. Ibu bangga dengan kamu.

11. Kamu boleh buat pilihan yang mana kamu nak.

12. Kamu dah pandai bezakan buruk dan baik.

13. Kamu kuat, ibu yakin.

14. Kamu anak yang baik.

15. Kamu abang/kakak/adik yang penyayang.

16. Terima kasih, kamu dah tolong ibu.

17. Ibu nampak kamu dah usaha setiap hari.

18. Ibu suka bila kamu kongsi tentang hal yang kamu fikir.

19. Seronok buat aktiviti dengan kamu tadi.

20. Kamu anak ibu yang cantik/hensem.

Makin kerap kita mak ayah sebut ayat-ayat positif ni pada anak-anak, makin kuranglah perkataan negatif yang terkeluar dari mulut kita. Anak-anak pun akan membesar dengan keyakinan diri yang tinggi serta lebih positif.

Jomlah kita amalkan sama-sama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen