20 Resipi Perkahwinan Bakal Pengantin Perlu Ambil Tahu!

Dalam rumah tangga, suami isteri perlu sentiasa mengenali pasangan tanpa jemu supaya hubungan yang dibina semakin erat. Jadi, suami isteri perlu tahu tentang 20 resipi perkahwinan ini…

1. Kaum wanita perlu tahu bahawa lelaki sebenarnya seorang yang simple, jadi dia mahukan isterinya juga simple, tidak meminta-minta diluar kemampuan jika dah tahu gaji kecil dan redha dengan setiap pemberian suami.

2. Kaum lelaki perlu tahu bahawa perempuan sangat suka merajuk kerana mahu meraih perhatian, rasa dihargai dan dihormati juga. Walaupun bergaji kecil, tetapi tahu cara untuk memberi perhatian pada mereka.

3. Kaum wanita perlu tahu, lelaki tak suka apabila anda cepat melenting dan secara tidak langsung membuatkan diri mereka berasa bersalah. Lelaki akan cepat menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu membahagiakan isterinya sendiri.

4. Kaum lelaki juga perlu tahu bahawa, perempuan tidak suka apabila lelaki tidak boleh menjadi soft-spoken dan berlemah lembut terhadap dirinya.

5. Oleh kerana perempuan memang suka bermain dengan emosi, lelaki yang bergelar suami nanti perlu sentiasa mengenali kerenah isteri. Jangan pula buat tak tahu sahaja.

6. Pasangan suami isteri usah terlalu fokus pada kelemahan dan keburukan pasangan sahaja, sehingga tidak nampak kebaikan dan kelebihan masing-masing.

7. Dah jadi isteri, jangan terlalu bermasam muka pada suami walaupun kadang-kala ia bukan salah suami, tetapi mood anda hanya dipengaruhi rakan sepejabat semata-mata.

8. Kaum lelaki perlu tahu, perempuan membentuk hubungannya bersama anda melalui berbual dan bercakap tanpa henti.

9. Manakala kaum wanita pula perlu tahu bahawa lelaki membentuk hubungan bersama pasangan dengan melakukan kegiatan bersama-sama. Jika suami ajak keluar nak jalan-jalan tu, jangan la ikutkan perasaan tiada mood sahaja.

10. Suami isteri perlu telus dalam mempamerkan emosi seperti gembira, marah, sedih, simpati dan sebagainya. Memang benar lelaki sukar mempamerkan emosi, dah kahwin ni kenalah berubah supaya dapat menawan hati isteri.

11. Suami isteri perlu tahu, keserasian dapat dibina apabila masing-masing mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

12. Kadang-kala dalam perkahwinan, anda bukan perlu berpura-pura menjadi orang lain, tetapi cuba untuk mempamerkan ciri-ciri yang pasangan suka. Barulah sejuk mata memandang.

13. Apabila cuba untuk memuji atau memberi motivasi pada pasangan, anda perlu meluahkan dengan perasaan ikhlas dan tidak memerli. Jika pasangan merasakan ia seperti diragui, makin lama pasangan akan semakin menjauh daripada anda.

14. Ini kerana segala kata-kata pujian, kata-kata semangat atau kata-kata cinta bertindak sebagai magnet untuk mendekatkan pasangan pada diri anda secara tidak langsung.

15. Suami isteri perlu tahu keistimewaan pasangan yang orang lain tidak nampak. Ini yang sering diungkapkan oleh pihak luar “Apa yang kau nampak kat dia sampai nak kahwin dengan dia ni?”

16. Cara untuk membelai hati pasangan adalah sentiasa memberi kata-kata penghargaan apabila mendengar pasangan dapat mencapai apa yang mereka hajati seperti naik pangkat dan seumpama dengannya.

17. Apabila pasangan memberi kata-kata pujian, pamerkan juga keseronokan yang mampu membuat pasangan tersenyum. Jangan kedekut mempamer emosi.

18. Isteri perlu fokus pada fakta yang disampaikan oleh suami, jangan putar belitkan isu tersebut sehingga membuatkan suami hilang minat nak berbual lagi.

19. Suami isteri juga perlu sentiasa mencari keunikan pada pasangan setiap hari, supaya tidak jemu mencintai pasangan sehingga ke penghujungnya.

20. Suami isteri juga jangan pernah berhenti memperbaiki sikap diri seperti mana anda lakukan ketika belum bertemu jodoh pada waktu dahulu. Bila dah kahwin ni, memang banyak yang berubah. Jadi, istiqomah dalam memperbaiki diri sendiri.

Selamat Mencuba dan Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen