5 Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Beranggapan Rumah Tangga Anda Sama Dengan Orang Lain.

“Rumah Tangga Kita Tak Sama Macam Rumah Tangga Orang Lain….”

Jangan pernah membandingkan rumah tangga anda dengan orang lain, kerana kehidupan dan takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT terhadap kita adalah berbeza. Liku-liku perjalanan hidup yang berbeza.

Memang sukar untuk menjalani hidup pada masa kini kerana teknologi yang kian berkembang dan menjadi pergantungan dalam hidup kita seratus peratus. Teknologi sebenarnya untuk memudahkan hidup seorang individu, malahan untuk memberi kebaikan jika betul cara penggunaannya. Namun, ia terjadi disebaliknya.

Kita terlalu melihat keburukan orang lain…

Kita suka untuk membandingkan kehidupan sendiri dengan orang lain…

Kita terlalu obsess dengan pencapaian orang lain…

Sehingga tiada masa untuk berfikir tentang diri sendiri, kerana hanya orang lain sahaja…

Begitu juga apabila sudah berumah tangga, teknologi yang memudahkan kita ini, terlalu mudah sehingga kita boleh menilai rumah tangga orang lain juga. Teknologi zaman sekarang menjadi semakin telus? Atau kita sendiri yang berubah menjadi telus oleh kerana telefon bimbit yang sentiasa kemas dalam genggaman.

Sebagai pasangan suami isteri, usah beranggapan bahawa rumah tangga anda sama seperti orang lain kerana…

1. Masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza.

Ada yang berpendapat, mahu mempercepatkan pernikahan dan perkahwinan kerana takut terjebak dengan maksiat. Namun, tidak semua mempunyai pendapat yang sama kerana segelintir beranggapan mahu berkenalan dahulu takut tersalah pilih pula.

Jadi, adakah kedua-dua pendapat tersebut salah bagi pandangan kita?

2. Masing-masing mempunyai gaya hidup yang berbeza.

Jangan pernah samakan gaya hidup kita yang sederhana dengan mereka yang terlebih berkemampuan. Gaya hidup kita semuanya berbeza. Cara kita bekerja juga berbeza. Cara kita berdaya usaha juga berbeza. Jangan disebabkan mahu mempunyai gaya hidup yang sama seperti orang ada-ada, anda sanggup menipu dan membuat kerja yang tidak halal.

3. Masing-masing mempunyai haluan hidup yang berbeza.

Ada yang selepas berkahwin, mahu membeli rumah sendiri. Ada yang sebelum berkahwin, sudah memiliki rumah sendiri. Ada yang mahu memiliki anak yang ramai, tetapi ada juga yang mahu merancang keluarga. Semuanya tidak salah, cuam haluan hidup yang berbeza sahaja.

4. Masing-masing mempunyai paras rupa yang berbeza.

Jika suaminya kacak, bergaya dan banyak harta, si isteri pun mula meroyan dan mula meluahkan perasaan di sosial media. “Kenapa suami aku tak macam si polan itu?…” sama juga bagi si suami “Kenapa isteri aku tak cantik dan kurus macam selebriti itu?…”

Kalau semua orang sama kacak, sama cantik, seolah-olah sama sahaja semuanya, nanti bosan pula.

5. Masing-masing mempunyai keluarga yang tersendiri.

“Kenapa keluarga aku tak meriah macam dia?”

“Kenapa keluarga aku tak sporting macam keluarga dia?”

Terlalu melihat keluarga orang lain sehingga tidak menghargai keluarga sendiri. Tidak bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh-Nya.

Hidup kita semuanya sebenarnya saling melengkapi, ‘Complement Each Other’…. Usah ragui ciptaan-Nya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen