Amalkan Doa Ini Agar Dijauhi Kemurungan Berbahaya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seperti yang ramai tahu bahawa kemurungan itu adalah satu penyakit yang sangat serius. Di mana proses pemulihannya sangat mengambil masa. Kemurungan itu adalah gangguan perasaan terhadap seseorang hingga timbul perasaan sedih, keletihan, tidak bermaya serta hilang minat terhadap aktiviti harian mereka. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.



Kemurungan ini adalah sejenis penaykit yang mungkin tidak dapat dilihat melalui mata kasar, ataupun tidak dapat dilihat darah yang mengalir kerana kesakitan, namun ia adalah penyakit yang sangat berbahaya kepada mereka yang menghidapinya.

Kemurungan yang serius yang boleh mendorong pesakit membawa kepada kematian melalui bunuh diri atu apa-apa tindakan yang boleh membahayakan diri sama ada secara sedar atau tidak adalah suatu jenis 'penyakit' yang merbahaya. Antara puncanya adalah terlalu berat perhatian, tumpuan, kerisauan terhadap hal-hal berkait urusan dunia yang tidak diperolehi seperti yang diingini. Tidak dinafikan, ada juga faktor-faktor lain yang menjadi penyebab serta di luar kawalan.

Sebagai umat Islam, bagi mengelakkan kemurungan berbahaya yang berpunca dari faktor-faktor keduniaan seperti ini, maka bacalah dan amalkan doa ini ...

اللَّهُمَّ َلاَ تَجْعَلْ مُصِيبَتَنَا فِي دِينِنَا ، وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا ، وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا ، وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لاَ يَرْحَمُنَا
Ertinya :
Ya Allah janganlah Kau timpakan musibah pada agama kami, dan janganlah juga Kau jadikan dunia ini sebagai sebesar-besar KERISAUAN & TUMPUAN kami serta (janganlah Kau jadikan) pengetahuan kami mengenai dunia semata-mata, dan janganlah Kau biarkan orang yang tidak mengasihani kami menguasai kami’


Doa ini dipetik dari doa yang lebih panjang, sumber doa adalah hadis riwayat Al-Tirmidzi bertaraf Hasan.


Sama-sama juga berdoa agar kita diberi panduan berterusan, kesabaran dan kekuatan terutamanya apabila behadapan dengan pelbagai ujian..Bagi mereka yang sudah mempunyai simptom kemurungan, adalah sangat baik bagi mendapatkan rawatan dan ia perlu dilakukan dengan segera.

Tanda-tanda dan gejala kemurungan:

• Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan.

• Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.

• Cepat rasa letih dan tidak ber tenaga.

• Perasaan pesimistik dan mudah putus asa.

• Perasaan bersalah.

• Rasa diri tidak berguna.

• Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.

• Hilang selera makan dan penurunan berat badan.

• “Rasa lebih baik mati”, kadangkala diser tai dengan percubaan bunuh diri.

• Rasa tidak tenteram dan mudah marah.

• Kurang daya tumpuan dan ingatan.

• Sukar membuat keputusan.

• Simptom fisiologi seper ti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman.

• Kurang nafsu seksual.

• Pergerakan menjadi terhad/ kaku atau menjadi resah gelisah.

• Mudah cemas atau fobia.

Jika anda miliki tanda-tanda seperti di atas, segera untuk mendapatkan rawatan. Jangan biarkan ia tersimpan lebih lama dalam diri anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen