“Teruskan Istiqamah Dalam Diri Isteriku Agar Kekal Berhijab…” Doa Fadzil Zahari, Untuk Yana Samsudin.

Pasangan suami isteri memang seharusnya perlu saling berdoa untuk diri masing-masing demi kesejahteraan rumah tangga. Dengan peredaran zaman masa kini, terlalu banyak perkara yang tidak terjangka, dan tidak dapat diterima akal masyarakat. Hanya dengan kekuatan iman yang dibekalkan mampu mengukuhkan kedudukan kita sebagai umat islam di atas muka bumi yang sementara ini.

Kalau tak kuat, habis…

Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, adalah zaman viral. Ada sahaja yang tidak kena pada mata netizen pasti akan terus viral, terutamanya jika berlaku pada para selebriti dengan isu yang sentiasa panas iaitu berhijab. Serangan yang bertubi-tubi akan membuatkan seseorang menjadi mangsa cyber buli.

Seperti perkongsian dari suami Yana Samsudin, Fadzil Zahari juga tidak putus-putus doa buat isterinya, supaya beristiqamah dalam berhijab…

********

fadzilzahari

Ya Allah Ya Tuhanku teruskan istiqomah dalam diri kami... Teruskan istiqomah dalam diri isteriku agar kekal berhijab walau apa cabaran menimpa, walau aku masih ada atau sudah tiada di dunia ini... amin..

********

Post ini juga turut dikomen oleh Yana sendiri malah mendapat sambutan yang baik dari ramai netizen dan mendoakan kesejahteraan Yana dan suaminya.

********

Semoga Kita Sentiasa Mendoakan Kesejahteraan Orang Ramai! Doa Yang Baik-Baik!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen