Alat Kecantikan Yang Perlu Anda Sentiasa Bersihkan, Jangan Malas-Malas.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selain memerhatikan akan tarikh luput kesemua produk kecantikan anda, jangan sesekali lupa untuk membersihkan alatan yang anda gunakan. Ada beberapa perkara yang perlu anda elakkan untuk memiliki kulit dan rambut yang sihat serta bebas daripada masalah. Salah satunya dengan membersihkan alat kecantikan anda yang selalu anda gunakan dengan kerap.



Ada juga yang mungkin anda perlu gantikan dengan alatan yang baru agar ia tidak memberi kemudaratan kepada diri anda. Apa yang penting anda perlu rajin untuk melakukan rutin ini, jika anda biarkan barangan tersebut tanpa kebersihan yang sepatutnya.

Berikut adalah alatan yang perlu anda sentiasa bersihkan.

                       

1. Sikat rambut.

Sikat rambut adalah alat yang akan digunakan dalam rutian sehari-hari, malah ia digunakan dengan lebih kerap berbanding dengan alatan yang lain. Jangan lupa untuk membersihkan sikat rambut anda dengan kerap. Ini kerana, segala kotoran yang ada pada rambut anda akan terletak pada sikat tersebut.

Sebab itu jika anda perhatikan, jika anda tidak membersihkan sikat tersebut ia akan menghasilakan habuk-habuk di jejari sikat tersebut. Apa yang lebih penting, jika jejari sikat anda sudah patah, sila buang sikat tersebut. Ini kerana ia akan melukakan kepala anda.

                    

2. Bersihkan berus makeup anda.

Jangan biarkan berus makeup anda kotor terlalu lama. Ini kerana,mengekalkan kebersihan muka tersangatlah penting. Apabila anda jarang membersihakn berus makeup anda, ia akan memudahkan kulit muka anda dijangkiti jerawat atau masalah kulit yang lain. Bukan itu sahaja, berus-berus makeup ini juga mudah terdedah dengan habuk-habuk.

                          

3. Pengepit bulu mata.

Setiap kali anda menggunakan maskara, ia akan terdedah kepada bakteria. Tiub maskara adalah tempat yang sesuai untuk pembiakan bakteria kerana ia lembap dan gelap. Jadi, apabila maskara menjadi rumah kepada bakteria-bakteria ini, ia boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan sama ada kecil ataupun serius, setiap kali anda menggunakannya. Adalah lebih baik sekiranya anda menggantikan pengepit bulu mata anda itu enam bulan sekali.

                        

4. Beauty blender.

Tahukah anda bahawa beauty blender ini lebih mudah menyerap dan sentiasa lembab. Malah ia mengambil sedikit masa untuk kering dan mungkin lebih mudah untuk didekati baketeria. Jadi jika anda tidak menukarnya mahupun mencucinya ia akan memberikan kesan pada wajah anda itu. Ini kerana, anda tidak tahu apa yang ada di dalam beauty blender tersebut.

                      

5. Buang segala barangan yang tamat tempoh.

Kebanyakan wanita terlalu sayangkan produk kecantikan mereka dan menggunakannya sedikit demi sedikit kerana takut cepat habis. Namun apa yang mereka lupa adalah barangan kosmetik mempunyai tarikh luput. Setiap produk mempunyai tarikh luput yang berlainan, sebagai contoh tarikh luput bagi adalah lingkungan 3 bulan dan pewarna kuku adalah 2 bulan. Had hayat bagi sesuatu produk kecantikan itu adalah hanya 10 bulan.

Jadi, jika anda masih menggunakan produk kecantikan yang sudah melepasi tarikh luput, muka anda akan menjadi tapak pembiakan bakteria dan kulat yang boleh menyebabkan jangkitan yang serius.

Apabila anda ingin kekal cantik maka lebih banyak usaha yang anda perlukan. Jangan sekali sikap malas anda itu membuat anda memejamkan mata perkara yang memudaratkan anda sendiri.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen