11 Cara Jimat Berbelanja Untuk Hiburan. Penting Bagi Mereka Yang Masih Bujang!

Ketika bujang, semua perbelanjaan yang kita lakukan sememangnya hanya menurut hawa nafsu sahaja kerana ketika muda semua perkara ingin dirasai. Selalu berfikiran, masa muda lah kena buat semua benda, nanti dah tua baru bertaubat. Akan tetapi untuk tempoh berapa lama kita boleh tahan untuk hidup dengan memboros?

Jom lihat 11 cara berjimat terutamanya untuk hiburan anda…

1. Adakah anda rasa anda perlu langgan rancangan TV seperti Astro/Netflix/IFLIX? Cuba kira berapa kali anda tengok rancangan TV?

  • Hari kerja – Selepas solat isyak. Pukul 8.30pm – 10pm. (1.5 jam sahaja).
  • Hari Sabtu – Tolak solat, tolak makan, tolak riadah (9am – 1pm, 2pm – 5pm, 8pm – 1am) = 12 jam sahaja.
  • Hari Ahad – Tolak solat, tolak makan, tolak riadah (9am – 1pm, 2pm – 5pm, 8pm – 10pm) = 9 jam sahaja.

Seminggu anda cuma ada 22.5 jam sahaja untuk rancangan TV. Sebulan anda cuma ada 90 jam sahaja untuk rancangan TV bersamaan dengan 3.75 hari sahaja.

Mengikut kiraan di atas, mari kita lihat berapa cas langganan sebulan dan nilai harian yang anda dapat untuk servis hiburan ini.

  • Astro (Pek Melayu) – RM 56.08 (RM 14.90 sehari)
  • Astro (Superpek Sukan) – RM 154.76 (RM 41.30 sehari)
  • Netflix – RM 33 (RM 8.80 sehari)
  • iFlix – RM 10 (RM 2.66 sehari)

Jadi, anda rasa anda boleh jimat lagi? Nak tonton TV secara free?

2. Pilih siaran TV percuma (TV1, TV2, TV3, TV9, NTV7, 8TV, Al-Hijrah)

  • Analog – Boleh pakai aerial
  • Digital HD Kualiti – Boleh digunakan oleh TV yang ada DVB-T2.

3. Tonton dengan percuma.

Boleh tengok cerita di Tonton.com.my – Percuma sahaja, hanya perlu daftar dan login.

4. Astro On The Go.

Cuba tanya kawan-kawan yang ada Astro, dan pinjam atau sewa murah-murah untuk guna akaun Astro mereka. Satu akaun Astro On The Go boleh digunakan maksimum pada dua device. Jimat, kan.

5. Android Box.

Boleh install KODI & beberapa app untuk tengok rancangan TV local & international. Boleh Google cari apa app nak install. Yang penting, perlu ada UNLIMITED DATA UNIFI.

6. Video alternatif di Internet.

Terakhirnya, anda boleh tengok pelbagai rancangan TV Melayu dan English di internet terus. Cuma kena pandai cari website. Tengok di Youtube pun boleh.

7. Berapa yang anda boleh jimat?

Jadi, adakah anda rasa anda perlu bayar untuk tengok rancangan TV selama 3.75 hari sahaja dari 30 hari sebulan? Jom tengok berapa anda boleh jimat setahun kalau anda batalkan servis-servis ini:

  • Astro (Pek Melayu) – Jimat RM 672.96!
  • Astro (Superpek Sukan) – Jimat RM 1,857.12!
  • Netflix – Jimat RM 396!
  • iFlix – Jimat RM 120!

8. Adakah anda perlu keluar tonton wayang setiap minggu?

Anda boleh cuba alternatif di atas.

  • Tiket wayang: RM 15.
  • RM 15 x 4 kali seminggu x 12 bulan = Jimat RM 720!

9. Elakkan pergi ke gym.

Usah membazir dengan pergi ke gym yang mengenakan bayaran keahlian bulanan kalau anda pergi hanya sekali dua sahaja seminggu. Lebih baik pilih gym yang caj per entry.

10. Elak pergi ke tempat yang boleh habiskan duit anda ketika stress!

Cuba elakkan diri untuk release stress di shopping mall atau tempat-tempat berpotensi habis duit seperti Uptown dan pasar malam. Sebaliknya pilih untuk ke taman tasik, masjid, perpustakaan, memancing. Cuba pilih hobi atau venue baru yang tidak perlukan kos yang tinggi atau zero kos.

11. Batalkan langganan atau jangan beli suratkhabar atau majalah.

Sebaliknya, baca sahaja secara online. Ada banyak website dan app yang anda boleh gunakan dan anda boleh pilih niche berita atau artikel yang anda minat.

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen