Tips Nak Shopping, Suruh Suami Yang Belikan, Kerana…

Majoriti kaum wanita, apabila berkaitan dengan membeli-belah sahaja pasti menjadi teruja dan mula melangkah laju kemana-mana shopping kompleks. Tidak kisah membeli belah berseorangan kerana ia dianggap terapi atau Me-Time. Namun, secara tidak sedar sebenarnya para isteri yang melakukan aktiviti sebegini mampu menjadi boros. Terutamanya ketika suami tidak disisi.

Jika suami berpendapatn tinggi, kaya dan tidak kisah isteri berbelanja banyak, terpulang pada setiap individu.

Bagaimana pada mereka yang berpendapatan sederhana, nak makan hujung bulan pun kena catu?

Jadi, memang amat digalakkan membawa suami ketika membeli-belah, atau minta tolong suami sahaja yang belikan barang anda kerana…

1. Para suami pergi satu kedai, dapat banyak barang!

Kalau bab-bab membeli belah ni, lelaki memang suka merancang kerana mereka akan cuba usha-usha tempat mana untuk mencari barang kesukaan mereka. Jadi, sebagai isteri yang memang suka shopping, amat digalakkan untuk berkongsi tempat yang anda memang selalu kunjungi. Jadi, suami akan cuba menolong dengan hanya ‘pergi ke satu tempat isteri boleh dapat banyak barang’ berbanding kaum perempuan dimana pergi merata tempat tapi akhirnya tiada barang juga mahu dibeli.

Bazir tenaga! Bazir Masa!

2. Para suami jarang merayau tempat yang tidak sepatutnya.

Berikan senarai barang yang anda mahu beli. Jika itu sahaja yang senaraikan, itu sahaja yang mereka akan beli. Berbanding dengan kaum perempuan, walaupun dah buat senarai namun apabila ternampak barang yang lain dan lebih cantik, habis satu kedai nak diborong. Mula-mula bawa bakul, kemudian balik bawa troli pula.

3. Para suami lebih suka masakan isteri daripada makanan di restoran.

Apa kaitan masakan di rumah dengan membeli belah? Jika anda dan suami merancang untuk membeli belah pada hari tersebut, masak dahulu di rumah, dan secara tidak langsung anda dan suami tidak akan membazir untuk makan di restoran mahal usai membeli belah. Inikan tidak, lepas beli belah sahaja mesti nak kena kopi mahal.

Akan tetapi, apabila sudah makan dirumah, perut kenyang, tenaga pun banyak nak shopping, jadi memang jarang nak teringat pada makanan.

4. Para suami tak shopping ketika stress.

Kenapa perempuan lebih banyak memboros ketika membeli belah? Ini kerana perempuan suka membuat sesuatu perkara menurut emosi dan nafsu semata-mata. Bukan sekadar makan ketika stress sahaja, shopping pun masa stress juga. Memang banyak duit dikeluarkan, berbanding dengan kaum lelaki, mereka tidak shopping pun ketika stress.

Jadi, kalau nak berjimat jangan stress-stress ya, para isteri!

5. Para suami sentiasa memegang tangan isterinya ketika shopping.

Mungkin tak ramai yang buat, ataupun ada juga suami yang tidak tahu dengan teknik ini. Dengan memegang tangan isteri, kaum perempuan hanya boleh mengambil barang dengan terhad sahaja dengan keadaan sebelah tangan. Jika tangan sebelah tidak dipegang, kebarangkalian mengambil barang dengan banyak boleh berlaku.

Jika satu tangan memegang bakul, satu lagi dipegang oleh suami, pasti isteri akan suruh suami ambilkan barang, betul tak?

Kemudian letak didalam bakul. Sebagai suami, jika barang tersebut tidak penting dan hanya kehendak isteri sahaja, atau anda merasakan ia membazir, pegang dahulu jangan masuk terus dalam bakul. Pegang sehingga nak buat bayaran, tiba sahaja di kaunter, pasti isteri cakap “Takpela tak jadi beli…”

Kaedah ini dipanggil 30 saat, kerana nafsu nak membeli ketika 30 saat pertama sahaja. Selepas 30 saat, dan minit yang seterusnya isteri akan berfikir waras.

Selamat Mencuba dan Jadilah Suami Yang Bijak!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen