Pusat Memori Akan Menjadi Lebih Kecil Sekiranya Anda Miliki Tabiat Suka ‘Complaint’ Menurut Pakar Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasa ramai yang tidak tahu bahawa tabiat suka komplen ini akan memberi keburukan kepada tubuh badan seseorang. Terutama ia dikatakan berkaitan dengan penyakit otak dan ingatan. Bukan sekadar komplen sahaja sebenarnya tetapi jika anda mengumpat atau membawang akan turut mendapat kesan yang sama.

Ramai sahaja di antara kita ini mudah untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara. Bahkan tanpa rasa takut kita akan menyebarkan perkara tersebut walaupun tanpa bukti yang sahih. Bukan itu sahaja, mereka yang suka melakukan komplen ini sentiasa merasakan diri mereka di pihak yang betul sedangkan ia adalah sebaliknya.



Menurut Dr Rizal Abu Bakar, terdapat pengkaji dari Stanford University menyatakan bahawa tabiat ini akan memberi kesan kepada otak seseorang. Malah mereka lihat kesan komplen ke atas otak manusia.



Pengkaji dapati kaki komplen otak bahagian hippocampus mereka atau pusat memori jadi kecil. Sama seperti mereka yang terkena penyakit alzheimer.

Bukan sahaja kaki komplen. Pengumpat pun sama. Termasuk pengumpat dan pengata digital.

Menakutkan lagi, mereka yang mendengar sekali juga terkena penangan ini. Maksudnya semua yang terlibat dalam aktiviti membawang dapat kesan yang sama - pusat memori jadi kecil.

Bayangkan apa yang akan berlaku apabila otak mengecil. Pusat memori tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.

Bukan itu sahaja kesannya. Kaki komplen secara tidak langsung rewire otak mereka untuk mudah terkena anxiety dan kemurungan. Dua penyakit mental yang merahut bahagia.

Komplen sekali sekali tepat pada isu tidak mengapa. Isunya ialah jadi kaki komplen. Hingga jadi tabiat.

Bagaimana mahu elak? Cara mudahnya kalau perlu menegur, lakukan secara berdepan. Mulakan dengan pujian. Jangan terus menyerang.

Kalau tidak mampu diamkan sahaja. Dalam kajian lain, cara elak komplen ialah bersyukur. Fokus pada perkara yang mahu disyukur. Paling mudah sebut sahaja “Alhamdulillah aku tak buat begitu atau tak jadi begitu.”

Elakkan membawang. Elakkan jadi kaki komplen. Elakkan masuk dalam grup yang sedang lantunkan komplen.

Jadi mulai sekarang kurangkan membawang, kurangkan komplen ke atas perkara yang tidak sepatutnya dan amalkan rasa bersyukur selalu atas apa yang anda miliki.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen