8 Perkara Perlu Bersedia Bila Jodoh Dah Sampai.

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Esa. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Soal jodoh, memang tidak diduga - perancangan Allah SWT yang hamba-Nya tidak ketahui. Kamu mungkin telah bertemu dengan pasangan yang kamu cintai. Tetapi masalahnya, masih tiada keyakinan untuk mengakhiri hubungan percintaan itu ke jinjang pelamin. Ada perasaan ragu-ragu untuk melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan. Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Kamu harus menyediakan diri dengan banyak perkara. Kerana mengingatkan semua perkara inilah ramai yang masih belum berani berkahwin walaupun telah bertahun-tahun bercinta. Fikirkan perkara-perkara di bawah, tapi jika kamu sudah yakin dengan pilihan kamu, tunggu apa lagi!



1. Ada alasan kukuh berkahwin.

Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin kamu peroleh daripadanya? Apa kesannya pada diri kamu, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat kamu pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat kamu sehingga benar-benar yakin.


2. Harus sedia berkongsi.

Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.




3. Sedia untuk sakit hati.

Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan kamu.


4. Sedia untuk berfikiran terbuka.

Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Ada kalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika kamu selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.




5. Sedia untuk kompromi.

Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh, tapi ingat akan pasangan kamu. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan kamu. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.


6. Sedia untuk berpisah.

Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan.




7. Sedia menerima malu.

Kamu tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihanmu. Oleh sebab itu, kamu harus berani mati dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.


8. Soal anak.

Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. kamu tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen