6 Tips Untuk Menjadi Awet Muda.

Majoriti dikalangan kita pasti inginkan raut wajah yang sentiasa muda, sehingga boleh sembunyikan umur yang sebenar, terutamanya pada golongan wanita. Pada masa kini juga, golongan wanita berkejar-kejar untuk mendapatkan rawatan, konsum pil cerahkan kulit, suntik vitamin-C dan sebagainya semata-mata mahu kekal muda.

Namun sedemikian, untuk menjadi kekal muda amat mustahil, kerana lumrah manusia akan kembali kepada fitrah asalnya, dan wajah akan mula berkedut.

Dan sebenarnya, untuk mahu menjadi awet muda tidak perlu kos yang mahal kerana…

1. Hanya perlu tidur yang secukupnya.

Dengan peroleh tidur yang secukupnya mampu membuat badan kita segar dan dapat fokus pada kerja yang kita lakukan. Jika ia dilakukan dengan konsisten kulit anda akan bertambah baik yang mendorong wajah anda kelihatan segar, sihat dan muda. Jadi, pastikan anda mempunyai tidur yang mencukupi dalam tempoh 6-8 jam.

2. Hanya dengan senaman.

Hal ini sering menjadi alasan bagi setiap individu kerana sibuk dengan kerja di pejabat sehingga tiada masa untuk bersenam. Anda boleh bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk mengekalkan momentum tenaga yang dihasilkan, dan dalam pada masa yang sama menurunkan berat badan. Jika, anda kerap tidak melakukan senaman sehingga tiada tenaga yang dihasilkan, ia akan menyebabkan kulit mudah menjadi kendur dan mulai berkedut.

3. Hanya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Untuk mendapatkan kulit wajah yang berseri dan tidak kusam, sebenarnya anda perlu konsum buah-buahan dan sayur-sayuran yang cukup nutrisi untuk kulit. Terdapat pelbagai buah di pasaran yang anda boleh dapatkan. Ia hanya bergantung pada tahap anda rajin atau tidak sahaja. Atau pun pandang tak pandang je.

Yelah, makanan berkhasiat selalunya menjadi pilihan yang terakhir.

4. Hanya dengan minum air putih.

Perkara ini juga sukar dilakukan oleh setiap individu kerana air ini tidak berperisa. Majoriti dikalangan kita sering minum air yang berperisa setelah makan tengah hari atau makan malam, kerana lebih sedap. Padahal air berperisa ini akan menyebabkan anda lebih haus dan cepat lapar. Jadi, amalkan untuk minum air putih selepas makan kerana ia mengenyangkan malah mampu melembapkan kulit anda.

Di pejabat sering terdedah dengan penghawa dingin yang menyebabkan kulit kering, jadi minum lah air putih secukupnya iaiti 8 gelas sehari.

5. Hanya dengan tidak merokok.

Para perokok selalunya menafikan hal ini kerana bagi mereka, merokok tiada kaitan dengan kulit wajah. Namun, sebenarnya menurut kajian perubatan, merokok adalah faktor dan penyumbang kerosakan kulit dengan sebanyak 45%. Jika 45% ini tidak dijaga, kemudian diet pemakanan pun tidak dikawal, ditambah pula tiada aktiviti bersukan, sudah pasti toksin dalam badan mudah terkumpul yang menyebabkan kulit wajah mudah menjadi kusam dan gelap.

6. Hanya dengan berfikiran positif.

Bagaimana dengan berfikiran positif dapat membuatkan seseorang itu menjadi awet muda? Berfikiran positif bukan bermaksud berhusnudzon sehingga tidak nampak keburukan dan kelemahan di depan mata. Hanya tutup mata, dan buat tidak tahu sahaja. Bukan!

Berfikiran positif adalah apabila seorang individu tersebut tidak banyak merungut, mengeluh malah terus mencarut apabila dilanda masalah. Apabila semua masalah sering dirungut dan tidak berpuas hati, pasti wajah mudah berkerut dan mampu mempengaruhi kesihatan mental.

Jangan mudah tertekan ketika menghadapi masalah, tetapi ucapkan Alhamdulillah, berlapang dada dan terus cuba selesaikan konflik tersebut.

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen