Tidak Mahu Anak Ketagih Bermain Game? Ini Cara Untuk Mengatasinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Anak-anak sememangnya suka akan hiburan seperti ini. Malah mereka ini sanggup bertahan selama berjam-jam dengan permainan seperti ini. Malah mereka ini akan lebih cekap dan mahir berbanding orang dewasa. Namun begitu, bermian game berlebihan akan memberikan kesan yang tidak baik untuk kesihatan anak-anak.

Jangan risau, masih belum terlambat untuk anda cuba mengawal keinginan anak-anak itu. Yang penting anda perlu tahu bagaimana caranya. Bukan itu sahaja, merampas terus permainan dari anak-anak itu tidak sesuai dilakukan.



Kesan buruk anak-anak bermain game secara online.

Bermain permainan seperti ini adalah menyeronokkan buat anak-anak, namun permainan secara online dalam telefon bimbit atau computer akan membuat kanak-kanak ketagihan, sama seperti alcohol, atau dadah.

Apabila anak-anak sudah mula mengalami ketagihan dengan permainan ini, mereka akan kurang memberi tumpuan terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka ini akan sentiasa rasa tercabar dengan permainan tersebut sehinggakan tidak mahu meninggalkan barangan tersebut walaupun untuk sementara waktu. Bahkan mereka ini juga akan menolak untuk bermain bersama rakan-rakannya yang lain di luar.



Sekiranya anda hanya membiarkan perkara ini, ia akan memberi kesan kepada kesihatan anak-anak anda malah perkembangan dirinya juga akan terganggu. Bukan itu sahaja, terlalu lama terdedah dengan cahaya pada skrin tersebut akan membuatkan mata letih lalu akan merosakkan mata. Kemudian jari dan tangan yang membantu pergerakkan akan turut sakit.

Di samping itu juga, mereka akan terus bermain tanpa henti hingga memberi kesan kepada keperibadian serta pencapaian mereka, malah mereka akan berjaga malam dan tidak mahu tidur serta akan mudah meniru keganasan dalam permainan tersebut.



Bagaimana untuk mencegahnya?

Sebenarnya tidak mengapa jika mereka bermain game tersebut selagi mereka ini berada di bawah pengawasan anda. Anda perlu membenarkan anak-anak bermain mengikut masa yang sesuai. Jika kanak-kanak itu ketagih, merawatnya juga tidak mudah. Oleh itu, menghalangnya adalah langkah terpenting yang anda mesti ambil, termasuk:

1. Hadkan apabila kanak-kanak bermain bersendirian.

Bermain semata-mata hanya untuk memberi manfaat kepada kanak-kanak. Dia perlu mengenali dirinya dan kebolehannya dengan lebih baik. Tetapi ingat, memberi masa kepada kanak-kanak untuk bermain bersendirian juga boleh memberikan peluang kepadanya untuk terus bermain mengikut kemahuan dirinya. Jadi jangan biarkan mereka bermain terlalu lama.

2. Simpan alat dan pasang kata laluan.

Apabila sudah cukup had waktu, simpan permainan tersebut serta jangan lupa untuk meletakkan kata laluan agar anak-anak tidak mudah untuk membukanya. Ini kerana, jika anda tidak lakukan perkara ini, anak-anak akan mudah membuka alat permainan tersebut secara senyap. Anda perlu pastikan bahawa anak-anak meminta izin terlebih dahulu sebelum bermain.

3. Tunjukkan sikap tegas anda.

Untuk membuat anak-anak berhenti bermain sememangnya agak sukar, namun anda tidak boleh terus merampasnay dari anak anda. Ia akan membuatkan anak-anak anda mula meragam, tapi jangan pula anda menambah waktu bermainnya. Cuba untuk bersifat tegas dengan mengajaknya untuk melakukan aktiviti lain bersama anda yang lebih sihat dan berfaedah.

4. Ganti dengan perkara yang menyeronokkan.

Apabila anda sudah mula mengurangkan masa bermain mereka, maka ambil peluang ini untuk meluangkan masa bersama mereka. jangan membiarkan anak mudah rasa bosan, kerana ia akan meminta permainan tersebut kembali. Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu mencari aktiviti pengganti yang menyeronokkan, seperti meminta membeli-belah, menyiram tumbuhan, membersihkan halaman, atau aktiviti keseronokan yang lain bersama-sama.

Jika anda mahu anak-anak anda membesar dengan lebih sihat malah sentiasa perhatian dengan sekelilingnya, maka didikan awal terhadapnya adalah penting. Bukan itu sahaja, anda sebagai ibu bapa mereka juga perlu kerap meluangkan masa bersama dengan mereka.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen