Apakah Kelebihan Mempunyai Seorang Kakak, Berbanding Dengan Abang? Jom Baca.

Bagi golongan yang memiliki adik-beradik yang ramai pasti mengetahui kelebihan abang dan kakak masing-masing, terutamanya jika anda sendiri adalah dari golongan perempuan. Bagi golongan perempuan, majoriti daripada mereka ingin seorang kakak dalam hidup mereka, kerana mereka beranggapan kakak ini mampu untuk mendengar segala luahan perasaan berbanding dengan lelaki.

Selain daripada kelebihan apabila memiliki seorang kakak adalah seperti berikut…

1. Boleh jadi best friend forever (bff).

Bagi golongan perempuan, memiliki seorang kakak boleh diibaratkan menjadi sebagai sahabat baik jika mereka adalah seorang yang pendiam dan sukar untuk bersosial dengan orang asing. Malah sukar untuk berkawan dengan orang asing membuatkan mereka lebih rapat dengan kakak sendiri walaupun pada secara zahirnya kita sering lihat, adik dengan kakak sering bergaduh di rumah.

Walhal, apabila berjauhan rindu pula.

Namun, seorang abang akan merasakan rimas apabila adik sendiri menjadi begitu clingy. Nak dengar luahan perasaan apatah lagi, amat membosankan bagi dirinya.

2. Dapat berkongsi pakaian.

Hal ini memang sering berlaku, walaupun pada hakikatnya si adik tak mengaku yang dia meminjam baju kakaknya sendiri.  Situasi ini juga akan mendorong untuk mereka sering bertelagah kerana gemar meminjam tanpa meminta izin. Kemudian, yang lagi si kakak ini bengang, kenapa adiknya memakai baju tersebut lebih cantik dari dirinya pula.

Bukan sahaja dapat berkongsi dan meminjam pakaian, malah apa sahaja barang perempuan di dalam bilik, seperti alat solek, aksesori gelang, subang, cincin, rantai dan sebagainya.

Nak pinjam baju dari abang sendiri? Bukan sahaja tidak muat, bau lelaki pun boleh meloyakan.

3. Peka dengan perasaan dan reaksi.

Lahiriah menjadi seorang perempuan apabila cepat peka dengan perasaan orang sekeliling terutamanya dengan ahli keluarga sendiri. Jika si adik mula berasa sedih atau berkecamuk perasaannya, kakak pasti cepat mengetahuinya berbanding dengan seorang abang dimana mereka akan menyuruh untuk pujuk diri sendiri sahaja.

Kaum lelaki kan, tak faham sekiranya wanita itu sendiri senyap atau berkias. Jika sedih kena cakap. Jika merajuk kena cakap. Nanti baru si abang faham.

Sekurang-kurangnya dengan kakak dapat juga berpeluk ketika ada masalah.

4. Mudah mendapatkan bantuan daripada kakak.

Menjadi seorang perempuan, memang mudah bermain dengan emosi dan perasaan. Selain menjadi peka dengan keadaan sekeliling, yang mudah membaca reaksi seseorang ketika sedih, hatinya juga mudah lembut apabila adiknya sendiri ditimpa kesusahan. Memang, kadang-kala kakak nampak keras dan tegas di luaran, tetapi apabila sudah digelar perempuan, memang mudah lembut hatinya.

Namun, jika ingin mendapatkan pertolongan dari abang pasti sukar kerana kebiasaannya abang akan menyuruh adik menjadi berdikari apabila ditimpa kesusahan.

5. Tidak mudah berasa sunyi.

Apabila mempunyai seorang kakak, sekurang-kurangnya anda tidak berasa sunyi kerana kakak mampu mendengar luahan perasaan anda walaupun sibuk membuat perkara yang lain. Disamping keluar dengan kawan-kawan, mampu juga membalas whatsapp sekiranya anda mempunyai masalah. Jika dibandingkan dengan abang, mereka akan pentingkan kawan-kawan atau kerjanya dahulu, kemudian baru akan mendengar luahan perasaan anda.

Si abang ni lambat sedikit daripada kakak, kerana lelaki akan fokus pada satu perkara dahulu. Jika selesai, baru fokus pada perkara yang lain pula.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen