Baru Nak Solat Anak Mula Merengek, Ibu Ini Kongsi 3 Tips Untuk Khusyuk Dalam Solat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila ada anak kecil ini memanglah ibu tidak boleh berjauh dari anaknya, sampai nak solat pun anak-anak ini akan mula minta perhatian. Selalu ibu-ibu ini lambat menunaikan solat apabila anak kecil masih lagi belum tidur mahupun tidak boleh lihat ibunya tiada di sisinya. Kadang kala ibu-ibu ini terpaksa solat di akhir-akhir waktu kerana terpaksa melayani si kecil dahulu. Tidak cukup dengan itu, apabila mula nak solat sahaja anak terus menangis minta perhatian.

Nak biarkan lama-lama sememangnya tidak sampai hati lah, jadi terpaksa berhenti solat dan lihat anak. Kadang-kadang itu nak solat pun rasa tak khusyuk. Lain lah kalau ada yang menjaga mereka, pasti mudah sahaja nak lakukan solat.



Mungkin ramai yang sudah mencuba macam-macan untuk buat anak selesa semasa ibu sedang solat tapi mungkin tidak menjadi. Apa kata anda cuba pula seperti yang dikongsikan oleh Puan Mahirah A Rashid ini, mana tahu ia bersesuaian untuk anak anda. Tapi jangan pula anda baru cuba sekali sudah menyerah kalah.



Tanamlah setiap benih didunia ini dengan benih disyurga.

Nilai 'ibadurrahman itu perlu dilatih dalam kehidupan, baru kita terlatih dalam solat.

Dalam kehidupan perlu ada rasa rendah hati, baru dalam solat kita akan rasa rendah diri, kalau tidak, boleh jadi seseorang itu akan sombong dengan Allah.

Apabila tidak lagi kusyuk ketika solat, carilah cara untuk menambahkan rasa kusyuk itu.

Saya ingin kongsikan tiga tips mudah yang saya dapat ketika menghadiri usrah baru-baru ini, bagaimana nak membantu ibu muda yang mempunyai anak kecil untuk kusyuk dalam solat.



Tips Membantu Ibu Muda Khusyuk Dalam Solat.

1. Bacakan doa.

Mohon doa pada Allah agar dipermudahkan segala urusan kita untuk beribadah. Anak-anak kecil memang ada kecenderungan untuk menjadi 'pengganggu' waktu kita nak beribadah terutamanya solat. Syaitan dan jin sukalah ganggu anak-anak kita sampai nangis-nangis. Jadi, memang perlu doa banyak-banyak.

Kalau saya boleh top up sikit, saya suka doa dan tiupkan pada ubun anak-anak saya, mudah-mudahan dia tidak menjadi penghalang saya untuk kusyuk beribadah, dan dia juga terdiri dalam kalangan orang yang cinta untuk menunaikan solat. Berdoalah dengan apa-apa doa' yang ma'tsur atau pintalah apa-apa yang baik yang kita harapkan pada Allah.

2. Pesan.

Anak kecil ini memang perlu dititip pesan, sebab memahami fitrah mereka yang suka bermain, waktu kita hampar sejadah dan memakai telekung pun, mungkin mereka nampak macam alat mainan je. Hehe. Cuma jangan kita lupa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud


"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Hanya ibu bapa yang menjadikannya Yahudi, Nasrani dan Majusi." (HR Muslim).


Maka kita tidak terlepas peluang untuk membentuk acuan yang baik. Jangan risau kalau sekali dua belum tentu mereka dengar, ataupun pesanan tu bertahan seminggu je, tapi jangan pernah lelah nak berpesan secara berhikmah, inshaaAllah dia akan terdidik.

Saya juga sejak dahulu seusai berpantang, bila dah boleh solat, saya akan selalu berpesan pada anak kecil saya, saya berkomunikasi dengan bahasa yang mudah dengan harapan dia akan faham. Alhamdulillah sedikit demi sedikit boleh membantu, lebih-lebih lagi bila dah besar.

"Adik, duduk diam-diam kejap ye, mama nak solat"

"Kakak, tak boleh tarik tarik telekung mama waktu mama tengah solat"

Bila dah besar sikit, biasanya saya akan tanya,

"Kakak, kenapa kakak panjat belakang mama waktu mama tengah solat?"

"Kakak, boleh ke kalau waktu orang tengah solat, kita tarik telekung dia?"

Kadang-kadang ada la juga dia tetap panjat duduk belakang masa saya. Sakit pinggang masa tu, mashaaAllah. Bertabahlah sikit nak didik anak kecil ni kan, hehe. Tiba-tiba teringat sungguh bagaimana akhlak Rasulullah s.a.w dengan cucu-cucunya.

3. Letak sejadah.

Percaya atau tidak, anak kita akan lebih suka bila kita hamparkan sejadah khusus untuk dia, dia akan ada ruang dia tersendiri untuk solat. Kalau anak perempuan, boleh pakaikan telekung untuk dia. Bila dia ad sejadah dia, telekung dia, berkuranglah sikit untuk kita diganggu.

Kecil-kecil dah terdidik dengan suasana begini, lama-lama dia akan terbiasa. Sebenarnya mereka lebih kepada nak ikut kita je. Contoh dalam ilmu psikologi, kita panggil "modelling" yang bermaksud "learning through observation and imitation of a model" (Cicarelli & White, 2009). Sebab itu kita perlu tampilkan contoh yang baik untuk anak kita iaitu qudwah hasanah.

Ingat tiga tips ringkas ini; Doa, Pesan & Sejadah Untuk Awak! Selamat mencuba.

Never give up, mama.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen