Trik Penggunaan Minyak Wangi Agar Lebih Tahan Lama.

Oleh: Zuzu Yasmine

Minyak wangi adalah salah satu yang penting dalam penampilan seharian. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan salah satu identity seseorang. Ini kerana minyak wangi terbahagi kepada beberapa jenis wangian yang sememangnya mengikut selera individu.

Dengan bantuan minyak wangi ini, seseorang itu akan kelihatan lebih hebat dan yakin setiap hari. Namun begitu, minyak wangi ini boleh berubah atau menghilang kerana beberapa faktor seperti peluh ataupun suhu yang agak panas. Untuk mengekalkan minyak wangi lebih tahan lama walaupun telah disembur pada tubuh badan anda perlu menggunakan 3 trik ini. Ia sememangnya menjadi.



1. Cara menyimpan minyak wangi.

Pastikan anda menyimpan minyak wangi pada suhu yang sejuk bahkan jangan terdedah dengan cahaya matahari. Ini kerana kandungan minyak wangi akan berubah apabila terdedah dengan suhu yang panas.

2. Ketahui jenisnya.

Ketahui jenis minyak wangi anda untuk memastikan bahawa ia adalah minyak wangi yang tahan lama. Anda perlu tahu bahawa minyak wangi ini terbahagi kepada lima jenis. Ia bermula dari tahap pekat hinggalah ke cair. Semakin pekat wangian tersebut maka makin tahan lama ia di tubuh badan anda.



5 jenis minyak wangi.
i. Parfum.
ii. Eau de Parfum.
iii. Eau de Toilette.
iv. Eau de Cologne.
v. Eau Fraiche/ body mist/ body splash.

3. Bergantung pada cara anda memakainya.

Untuk minyak wangi yang rendah kepekatannya, gunakannya di kawasan badan yang mempunyai suhu hangat seperti leher, pergelangan tangan, belahan dan bahagian dalam tangan agar wangian itu bertahan lama. Manakala untuk kepekatan tinggi seperti minyak wangi tulen, sembuhkannya ke kepala anda dan biarkan minyak wangi jatuh ke dalam badan anda. Ini berguna untuk menghalang bau yang agak kuat.

Selepas ini tidak perlulah anda sembur dengan kerap lagi minyak wangi anda. Dengan sekali semburan terus yakin hingga ke petang.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen