“Posisi Tidur Mengiring Ke Kiri Ketika Usia Kandungan Mencecah Trimester Ketiga Mampu Mengurangkan Risiko Bayi Mati Mengejut” – Dr Muhammad Izzat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya sebab itulah dalam usia anak masih lagi dalam kandungan ibu-ibu lebih berjaga-jaga dengan kandungannya. Menjaga makan, memastikan anak mendapatkan zat yang mencukupi bahkan sentiasa menjaga langkah agar tidak tersandung batu. Semua yang dilakukan ini demi anak dalam kandungan.

Ramai yang tidak tahu bahawa posisi tidur juga akan memainkan peranan penting ketika anda sedang hamil. Menurut Dr. Muhammad Izzat, Posisi tidur mengiring kiri lebih-lebih lagi pada usia kandungan trimester ketiga ataupun perut dah besar dapat mengurangkan risiko bayi mati mengejut dalam kandungan sebanyak 9%.

Jelasnya, ramai yang tidak mengetahui akan perkara ini malah tidur dalam posisi telentang dengan perut besar itu biasa diamalkan oleh ibu-ibu yang mengandung.





Posisi tidur ibu mengandung salah satu sebab bayi mati secara mengejut dalam kandungan. Betol ke?

Mesti takda orang bagitahu pasal mende ni kan. Saya nak cerita sikit.

Posisi tido ibu mengandung ni mcm-mcm jenis. Yang biasa diamalkan adalah tido secara terlentang dengan perut yang besar tu kan?



Ada kajian klinikal menyatakan bahawa posisi tidur terlentang ni mengganggu peredaran darah kembali ke jantung disebabkan rahim yang makin membesar. Makin besar rahim tu makin kuat tekanan yang diberikan kepada salur darah (inferior vena cava). Konsepnya lagi banyak pulangan darah ke jantung, lagi kuat daya mengepaman jantung ke seluruh bahagian badan termasuk la darah yang sampai ke rahim seterusnya ke placenta/uri.

Dengan baring terlentang ni, kurang darah sampai dan pulang ke jantung, maka daya pengepaman jantung kurang dan kurangnye darah sampai ke organ organ penting.



Posisi tidur yang dicadangkan adalah dengan tidur mengiring kiri ( left lateral ). Kajian telah membuktikan untuk ibu yang tidur mengiring pada umur kehamilan lebih 20 minggu pengepaman jantung ( ejection fraction ) meningkat sebanyak 8 %. Untuk ibu yang 32 minggu, dengan tidur keadaan mengiring kiri, pengepaman jantung ( ejection fraction ) naik sebanyak 11% . Atau dalam erti kata lain, makin kurang tekanan rahim yang besar itu diberikan pada salur darah belakang rahim ( inferior vena cava ) lagi bagus darah yang akan dipulangkan ke jantung.

Telah disimpulkan bahawa ibu yg tidur terlentang, meningkatkan risiko bayi dalam kandungan meninggal secara tiba-tiba sebanyak 3.7 kali ( tanpa ada faktor-faktor penyebab lain menyebabkan bayi mati secara tiba-tiba ).

Posisi tidur mengiring kiri lebih-lebih lagi pada usia kandungan trimester ketiga ( ataupun perut dah besar ) dapat mengurangkan risiko bayi mati mengejut dalam kandungan sebanyak 9%. Banyak tu !

Kalau Allah dah kata, kehamilan tu takat tu ja, apa daya sekalipun baby tu akan meninggal gak kan? Tapi ni adalah sesuatu yang boleh diikhtiarkan untuk mengurangkan kejadian bayi mati secara mengejut dalam kandungan.

Mak buyung, jangan tido terletang. Jom tido mengiring kiri.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen