Antara Sebab Utama, Kenapa Jiwa Kita Mudah Berasa Kosong.

Sudah menjadi lumrah manusia, kadang-kala akan merasa diri tidak tenang, malah jiwa berasa kosong. Walau dalam apa jua keadaan dan situasi yang dilakukan, jiwa masih berasa kosong tanpa sebab. Seolah-olah tidak senang duduk, dan ‘berasa tidak sedap hati’ seperti aka nada sesuatu yang tidak kena. Padahal kita yang sering berfikiran negatif, dan membuat andaian sendiri.

Sebagai seorang Muslim, berapa kali dalam diri kita boleh bersangka baik dengan ujian Allah?

Setiap kali diberi ujian dan dugaan, bagaimana kita menghadapinya?

Adakah dengan kata-kata kasar dan makian?

Adakah dengan melarikan diri daripada menyelesaikan masalah?

Pada masa kini, ternyata kehidupan menjadi semakin mencabar dan tertekan dimana kadang-kala membuatkan para manusia menjadi hilang pegangan terhadap pencipta-Nya. Manusia menjadi bercelaru dengan segala dugaan yang diberi sehingga hilang harapan pada Ilahi.

Hanya kerana dugaan kecil, begitu ramai dikalangan kita muda menjadi tertekan, murung, depresi yang akhirnya mendorong diri menjadi hilang arah dan tujuan, goyah iman dan sebagainya.

Jadi, kenapa ianya terjadi pada diri kita?

1. Tidak kuat pegangan pada pencipta kita sendiri.

Siapa pencipta kita?

Allah SWT.

Semakin lama hidup dengan kebendaan dan mementingkan duniawi, semakin kita lupa pada hakikatnya dunia ini adalah ciptaan Allah SWT. Malah, terlupa bahawa Allah SWT yang lebih mengetahui bagaimana semua ciptaan-Nya berfungsi mengikut piawaiannya.

Jadi, Back to the basic!

2. Tidak melakukan solat 5 waktu, apatah lagi pada awal waktu.

Apabila tiada pegangan yang kuat pada pencipta kita sendiri, sudah tentu kita akan menjadi lalai untuk melakukan ibadah Alllah SWT. Jiwa mulai berasa kosong sejak melewat-lewatkan solat, kemudian akhirnya meninggalkan solat begitu sahaja.

Itu pun kadang-kala qada’ solat kerana asyik membeli belah di shopping mall, terlalu asyik menonton televisyen ataupun leka bermain game.

3. Tidak menghiraukan dosa-dosa kecil.

Apabila terlalu kerap melakukan dosa-dosa kecil, ia juga diibaratkan akhirnya melakukan dosa-dosa besar. Antara dosa-dosa kecil yang secara tidak sedar kita lakukan adalah…

  • Melihat benda dan perkara-perkara yang tidak diharuskan atau tidak bolehkan dilihat.
  • Menceritakan kekurangan seseorang di belakangnya.
  • Mengumpat.
  • Berbohong dalam perkara yang tiada hukum had dan yang tidak mendatangkan mudarat ke atas orang lain.
  • Menjenguk (mengintai) ke dalam rumah orang.
  • Tidak bertegur sapa dengan sesama Islam melebihi 3 hari.
  • Melampui batas syarak dalam perbalahan.
  • Mengangkat (menyaringkan dan menguatkan) suara menyebut kebaikan si mati di majlis kematian, sambil merintih kesedihan kerana kematiannya.
  • Berjalan dengan gaya sombong dan merasa diri hebat.
  • Melakukan hal yang tidak berfaedah.

4. Tidak sentiasa beristighfar.

Apabila sudah berkali-kali melakukan dosa-dosa kecil, kemudian tidak pula beristighfar, berkemungkinan jiwa kita mudah berasa kosong. Ini kerana, kita hanya menganggap ia bukannya dosa, malah tidak salah lakukannya. Jadi, apabila tersedar daripada melakukan dosa-dosa kecil, haruslah kita cepat-cepat istighfar.

Oleh yang demikian, sebagai manusia yang tidak sedar sentiasa melakukan dosa haruslah jangan putus-putus untuk solat dan berdoa kerana ia ibarat tali penghubung antara kita dengan Allah SWT. Dan, jangan sesekali hilang pegangan dan harapan kepada-Nya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen