4 Petua Kekal Cantik Dengan Menggunakan Teh Hijau. Pernah Cuba?

Oleh: Rafi

Teh hijau bukan sekadar bagus untuk menaikkan metabolisme anda. Teh hijau juga bagus untuk kulit.



1. Tambahkan madu.

Selepas anda sudah habis minum teh hijau anda, buka uncang teh anda, tambahkan sedikit madu dan gaul. Jadikannya seperti paste. Pastikan muka anda bersih sebelum menyapukannya di seluruh muka. Biarkan selama 10 minit dan basuh.

2. Sapukan uncang teh.

Ya, betul. Sapukan uncang teh ke atas muka anda. Namun sebelum itu, mula mula tuang air panas ke atas uncang teh. Perah uncang teh sehingga kering (Guna sudu pun boleh sebab panas.) Sapukan uncang teh ke atas muka sehingga uncang teh itu tidak lagi panas.



3. Stim muka.

Panaskan air, dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Buka uncang teh dan masukkan isinya ke dalam mangkuk besar itu. Letak tuala di atas kepala anda. Letak muka anda di atas mangkuk itu. Pastikan anda tidak terlampau hampir dengan air itu, tetapi cukur dekat untuk merasa stimnya. Buat selama 5 minit.

4. Toner.

Buat air teh. Biarkan uncang teh direndam lama. Masukkan air ke dalam bekas yang boleh ditutup. Letakkan beberapa gulungan kapas ke dalam bekas dan tutup. Gunakan sehari dua kali untuk membersihkan pori-pori yang tersumbat. Simpan di dalam peti sejuk.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen