3 Cara Berkesan Hentikan Tabiat Berbohong Anak-Anak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika dalam tempoh tumbesaran, tabiat membohong ini akan mula mendekati anak-anak. Lebih-lebih lagi apabila dirinya melihat orang dewasa melakukan tabiat tersebut untuk menyelamatakan diri. Lagilah mudah untuk mereka menirunya. Tidak cukup dengan itu, ajaran dari orang yang lebih besar darinya seperti kakak dan abangnya akan membuatkan dirinya mudah terikut perbuatan ini.

Namun begitu, jika tiada bimbangan ataupun teguran yang betul, ia mungkin menjadi kebiasaannya sehingga dirinya dewasa kelak.

Berbohong adalah tingkah laku buruk yang harus dielakkan oleh kanak-kanak. Berbohong juga cenderung untuk membawa kanak-kanak ke dalam tingkah laku buruk yang lain. Jadi, bagaimana ibu bapa harus tangani masalah ini?



Tips perbaiki kebiasaan anak-anak berbohong.



1. Mula dari diri sendiri.

Bapak borek anak rintik, peribahasa ini menerangkan akan anak-anak akan mengikuti sikap ibu bapa mereka. Di sini dapat menjelaskan bahawa apa yang dilakukan oleh orang yang lebih tua darinya akan menjadi contoh buat anak-anak kecil, bahkan mereka juga akan miliki tabiat yang sama.

Walaupun anda lakukan kebohongan untuk kebaikan, anda perlu menghentikan perkara tersebut di hadapan anak-anak. Ini kerana ia masih juga tabit berbohong walaupun mempunyai tujuan yang baik. Sebagai orang yang lebih dewasa anda sepatutnya menjadi contoh buat anak-anak anda.

2. Jelaskan perbezaan antara kejujuran dan kebohongan.

Anak-anak biasanya kurang memahami maksud sebenar jujur kerana mereka suka gunakan imaginasi mereka untuk memperjelaskan maksud tersebut. Cuba untuk menerangkan perbezaan maksud jujur dan berbohong kepada anak anda. Bahkan jelaskan juga baik buruknya perkara tersebut kepada mereka.

Bantu anak-anak anda untuk membuat satu imaginasi di mana ia mampu membezakan antara kedua perkara ini. Pastikan dirinya jelas bahawa kebohongan itu adalah satu tingkah laku buruk yang tidak sepatutnya mereka lakukan.



3. Berikan ganjaran sekiranya mereka jujur.

Apabila anda mendapati bahawa dirinya itu telah berlaku jujur dalam sesuatu perkara, bahkan dirinya juga tidak menipu hanya untuk mengelakkan dari dihukum, cuba anda berikan dirinya ganjaran agar dia tahu bahawa kejujuran itu akan memberi ganjaran yang baik buat dirinya.

Cara yang mudah untuk anda lakukan adalah, apabila anda mendapati dirinya melakukan kesalahan dan dia cuba untuk berbohong kerana ingin menyelamatkan dirinya, apa kata anda memintanya jujur dan memberikannya ganjaran.

Mungkin ada di antara kita beranggapan bahawa anak-anak yang masih kecil berbohong itu adalah perkara biasa, tapi anda perlu tahu bahawa perbuatan tersebut akan memberi kesan apabila dirinya sudah dewasa kelak. Jadi adalah lebih elok sekiranya didik mereka di saat mereka masih mudah dibentuk ini.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen