Antara Cenderamata Yang Anda Boleh Belikan Untuk Keluarga Ketika Melancong.

Melancong atau travel memang amat menyeronokkan bagi setiap individu. Lebih seronok jika dapat melancong bersama keluarga tersayang dan melakukan pelbagai aktiviti untuk mengeratkan hubungan. Akan tetapi tidak setiap pelancongan tersebut, adanya kehadiran keluarga disisi, pasti ada segelintir yang melancong bersama pasangan dan rakan-rakan sebaya.

Pada ketika ini, pasti ahli keluarga akan tertanya-tanya atau mula memesan untuk membeli cenderamat untuk mereka, termasuklah saudara mara dan ipar duai. Untuk tidak membuat mereka berkecil hati anda boleh membelikan mereka cenderamata atau cenderahati sebagai pemberian hadiah seperti…

1. Magnet peti sejuk.

Magnet ini menjadi kegemaran setiap individu untuk membeli sebagai cenderamata kerana ia boleh dibeli secara borong dengan harga yang murah.

Related image
Kredit Foto: AliaExpress

2. Baju I love…

Baju ini juga banyak kelihatan di mana-mana negara sekiranya anda melancong. Walaupun agak tipikal, tetapi apa salahnya memberi baju seperti ini. Ataupun beli sahaja baju yang terdapat landmark negara tersebut.

Related image
Kredit Foto: Teespring

3. Poskad.

Poskad juga adalah pemberian yang menjadi kegemaran setiap pelancong. Di samping memiliki gambar-gambar pemandangan yang menarik, anda juga boleh menulis sesuatu yang puitis, untuk menandakan kasih sayang anda pada keluarga tercinta.

postcard01-640x360
Kredit Foto: Wanista

4. Keychain.

Keychain juga anda boleh beli secara borong dengan harga yang murah. Beraneka bentuk keychain pasti dapat menarik perhatian nanti.

Image result for keychain travel
Kredit Foto: Aliexpress

5. Beg duit.

Beg duit kecil ini juga anda boleh dapatkan dalam pelbagai warna dan bentuk. Sesuai untuk meletak atau kumpul duit syiling.

Image result for souvenir pouch travel
Kredit Foto: Lazada

6. Kipas tangan.

Kipas tangan ini juga amat popular di sesetengah negara. Di samping untuk diri sendiri ketika kepanasan, ia juga boleh dijadikan sebagai cenderahati kepada keluarga.

Related image
Kredit Foto: Blog

7. Alat tulis.

Kebiasaannya terdapat banyak negara yang membuat kraftangan alat tulis yang diperbuat daripada kayu, atau pun alat tulis tradisional. Alat tulis comel ini juga, anda boleh berikan sebagai cenderamata.

Related image
Kredit Foto: Aliexpress

8. Aksesori.

Selain daripada itu, anda boleh dapatkan juga beberapa aksesori  wanita atau lelaki seperti gelang atau rantai. Pelbagai bentuk dan warna yang menarik pasti akan membuat anda tertarik untuk beli.

Related image
Kredit Foto: Junglekey

9. Wang asing.

Jika anda sudah buntu dan tidak mengetahui untuk membelikan sebarang cenderamata, berikan sahaja wang asing berlebihan yang anda peroleh. Nilai yang kecil pun memadai, hanya sekadar perhiasan dan momen itu yang penting.

Image result for souvenir wang asing
Kredit Foto: Lovepik

Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen