“Kehidupan Rumah Tangga Mementingkan Kita Tunaikan Hak Pasangan, Bukan Pentingkan Hak Sendiri..”

Jika dalam kehidupan kita dianjurkan untuk tidak terlalu bergantung kepada manusia, tetapi bergantung kepada Allah SWT semata-mata kerana manusia mampu kecewakan hati kita, tetapi tidak Allah SWT.

Begitu juga dalam rumah tangga, pasangan suami isteri perlu tahu hak masing-masing, dan tunaikan dengan berlandaskan syariat, bukan pentingkan diri sendiri seperti isteri bertanyakan pada suami bahawa haknya dalam rumah tangga adalah nafkah. Jadi, mana nafkah nya?

Isteri taat pada suami, taat pada Allah, suami juga akan memberi nafkah. Begitulah sebaliknya pada para suami juga. Jangan terlalu taksub untuk isteri tunaikan hak suami, sedangkan suami tidak tunaikan hak isteri seperti perkongsian ini….

********

Kehidupan Rumahtangga.

Ketaatan seorang suami itu, adalah kepada ibunya.

Manakala, ketaatan seorang isteri itu, adalah kepada suaminya.

Dan di dalam perkahwinan, didalam alam rumah-tangga kadang kala ujian datang melanda sebagainya, dan berlaku perselisihan, Salah seorang daripada kalian hendaklah menjadi air. Jangan kedua-duanya menjadi api kerana akan mengakibatkan rumah menjadi panas dan terbakar.

Api bersama api akan menyebabkan terbakar, Rasulullah SAW mengatakan perpisahan boleh berlaku.

Maka kita ingin elakkan, perpisahan hendaklah diletakkan paling jauh dan di tepi. Jika salah seorang menjadi api, kemarahan, panas barannya, dan sebagainya maka salah seorang mesti menjadi air yang menyejukkan.

Apabila seorang isteri meninggal dunia, dan kematiannya itu mendapat keredhaan daripada suaminya, maka Allah SWT akan tempatkan si isteri itu ke dalam Syurga. Segala amal soleh yang dilakukan oleh suaminya, yang masih hidup itu, akan dibalas sama kepada isterinya. Hendaklah seorang isteri itu memiliki sifat-sifat yang baik layanannya kepada suaminya, tutur kata yang baik, dan tidak merungut ketika memperoleh nafkah daripada suaminya.

Sekiranya seorang isteri itu bersikap buruk kepada suaminya, maka akan datang murka Allah SWT kepada si isteri.

Didalam riwayat mengatakan;

Rasulullah ‎SAW pernah ditanya;

"Ya Rasulullah, mengapakah penghuni Neraka itu ramainya kaum wanita?"

Maka dijawab oleh Rasulullah‎SAW;

"Salah satu diantaranya adalah mereka itu ramai yang tidak menghargai akan suami mereka."

Makanya, jangan sampai salah seorang panas baran, dia juga panas baran. Maka bagaimana akan menjadi rumah tangga yang harmoni.

Maka bertolak ansur lah, berkasih sayang lah, mawaddah dan letakkan fokus di alam rumah tangga ini;

"Ya Allah, aku ingin keredhaan-Mu wahai Allah."

"Ya Allah, sepanjang hidupku ya Allah bersama pasanganku ini Ya Allah, aku ingin sedaya upaya menunaikan hak nya, Wahai Allah, Aku menunaikan hak nya YaAllah sebab mahukan keredhaan-Mu Wahai Allah.  Jika pasanganku ini, belum menunaikan hak nya terhadap aku, makanya, aku akan menunaikan hak nya terlebih dahulu."

Ini yang di ajarkan dalam agama kita bagaimana dapat menunaikan hak orang lain. Tetapi sesuatu yang diajarkan oleh orang barat kepada kita ini untuk kita tuntut hak.

Maka manusia akan hanya menuntut hak nya maka akan datang perselisihan dan perbalahan yang tidak akan kunjung tiba ke mana perdamaian dan juga kesatuannya.

Dan apabila setiap pasangan yang suami berfikir bagaimana aku dapat menunaikan hak isteri aku, dan isteri pun memikirkan bagaimana aku dapat menunaikan hak suamiku, maka dengan demikian ia akan melahirkan rumah tangga yang harmoni.

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Maulana Iqbal Zain Al-Jauhari.

********

Semoa Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen