Suami Tidak Suka Kucing? Ini Caranya Supaya Tidak Bergaduh Dengan Suami.

Ada sahaja segelintir daripada kita, tidak suka dengan kucing sama ada mempunyai alahan, takut atau memang tidak suka dengan kehadiran kucing disisinya. Perkara ini juga sudah pasti mendapat tentangan bagi pasangan yang mahu berkahwin. Apabila setelah berkahwin, pasti si isteri yang suka pada kucing mula meminta izin untuk membela, namun tidak dibenarkan.

Jika benar mahu membela kucing, bagaimana caranya? Jom lihat 5 tips ini…

1. Suami isteri perlu belajar bertolak ansur.

Dalam rumah tangga, suami isteri memang perlu banyak bertolak ansur. Sekiranya anda menganggap perkahwinan anda indah dan tidak seperti orang lain, anda silap kerana dinamik dalam rumah tangga sentiasa turun naik. Pasangan pasti akan berasa bosan dengan rutin harian dan mula membuat perkara yang suaminya tidak suka.

Namun, belajar lah bertolak ansur, suami jangan tunjuk panas baran, isteri pula cuba bela kucing di kawasan yang jauh daripada suami seperti luar rumah, atau belakang dapur. Dan letak kucing tersebut dalam sangkar.

2. Elakkan Perbalahanan.

Apabila isteri sudah membela kucing, usah mulakan perbalahan semata-mata terbau tahi atau kencing kucing. Ingatkan sahaja isteri untuk membuang atau membersihkan najis-najis kucing tersebut. Tidak perlu meninggikan suara, pasti isteri akan berkecil hati nanti. Jika anda mula merungut-rungut atau memaki dalam hati, jaga-jaga kerana akan menambah dosa. Tingkatkan kesabaran.

3. Cepat-cepat Minta Maaf Jika Melanggar Peraturan.

Untuk bertoleransi dalam hal ini, isteri juga perlu meminta maaf sekiranya melanggar peraturan seperti membawa kucing ke dalam rumah, bilik dan sebagainya. Mungkin ada sebab suami anda tidak suka apabila kucing berada di kawasan ruang tamu. Berkemungkinan rimas dengan bulu, atau bau kucing. Jadi, cepat-cepat minta maaf sekiranya terlihat suami menjadi rimas. Jaga hati pasangan anda.

4. Tegaskan Pendirian Tanpa Menjejaskan Hubungan.

Jika anda benar-benar mahu membela kucing, tegaskan pendirian anda untuk menjaga kucing tersebut. Jangan lah buat sambil lewa hingga menaikkan kemarahan suami. Iaitu dengan:

  • Kerap membersih atau mandikan kucing.
  • Buang bulu-bulu kucing yang melekat pada baju atau sebagainya.
  • Membelikan makanan kucing.
  • Hantar kucing ke klinik supaya tidak mudah dijangkiti virus.

Supaya suami nampak, anda benar-benar ikhlas untuk menjaga kucing tersebut.

5. Ingat Bahawa Suami Anda Adalah Ketua.

Apa jua yang anda lakukan, minta izin pada suami dahulu kerana suami adalah pemimpin keluarga. Segala yang anda lakukan, suami perlu tahu dahulu. Jaga hati suami dengan hormati dirinya sebagai ketua keluarga. Jika suami tidak suka kucing, berikan sebab-sebab utama kenapa anda mahu membela kucing.

Jika anda berhemah, dan jalankan tanggung jawab sebagai isteri, rasanya tiada masalah, dan suami pun tidak mudah melenting.

Kucing pun boleh menjadi sebahagian daripada keluarga kita, malah mampu menghiburkan hati manusia.

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen