Bagaimana Ansuran Kereta Mampu Menjadi Hutang Yang Baik? Ikuti Perkongsian Dari Wanita Ini.

Sudah sedia maklum, kita pasti sering mendengar hutang baik mahupun hutang jahat. Namun, dikalangan semua hutang yang kita miliki, bagaimana ia boleh menjadi hutang yang baik apabila sudah digunakan setelah bertahun-tahun.

Aset mana yang dijadikan ansuran bulanan, mampu memberi kita pulangan yang baik untuk membayar hutang?

Seperti perkongsian dari Puan Marlia Ramli ini, aset tersebut adalah kereta anda sendiri yang mampu memberi anda pulangan supaya tidak terbeban dengan hutang atau ansuran bulanan. Bagaimana ya?

********

MESTI NYESAL KAN?

1 - Akak.... Kereta hutang yang baik ke hutang yang jahat? Apa pilihan kereta yang baik?

2 - Selalu akak ditanya soalan camni. Baiklah... Ini cara akak mengelaskan hutang.

3 - Jika hutang itu memberikan pulangan lebihan bulanan, maka akak anggap ianya hutang yang baik.

4 - Inilah sebab mengapa akak selesaikan hutang PTPTN 8 tahun lebih awal masa muda dulu. Kenapa?

5 - Sebab akak anggap ianya hutang jahat kerana tidak menjana wang tambahan bulanan untuk akak. Ya selain tu akak nak memudahkan adik-adik pelapis kerana PTPTN perlukan wang itu untuk diberi kepada mereka.

Berbalik kepada topik soalan.... Hutang kereta jahat atau baik?

Hutang kereta boleh jadi hutang yang baik jika kita sewakan atau buat grab. Sebab apa? Sebabnya mudah saja. Ianya memberikan pulangan lebihan bulanan. Positive cashflow dalam bahasa pelabur nya.

7 - Contohnya Vios bayar RM1,000 sebulan kita sewakan dengan purata RM100 sehari, dapat RM3,000 sebulan secara konsisten sampai hutang habis bayar. Maka, ianya hutang baik.

8 - Jika Myvi bayar RM600 sebulan kita buat grab jana purata RM80 sehari dengan purata RM2,400 sebulan secara konsisten sampai hutang habis bayar, maka ianya hutang baik.

9 - Jika Honda bayar RM1,200 sebulan bersidai kat rumah Isnin hingga Jumaat siap berselimut kat porch. Tuan kereta pegi keja naik motor. Weekend pakai cermin mata hitam, drive Honda buat modal awek kagum ini bukan setakat hutang jahat tapi kebodohan yang merugikan.

Nampak tak?

Samalah dengan rumah dan kad kredit. Boleh jadi baik dan boleh jadi jahat. Sebab hutang hanyalah alat. Bagaimana pemilik memanipulasikan hutang tersebut menentukan samada ianya bakal membawa manfaat atau kejahatan?

Kereta untuk pakai sendiri? Gaji bersih anda darab je 12 bulan, itulah kereta yang sesuai dengan kemampuan.

Atau nak lagi ketat, guna formula 20/15/5. Bayar deposit 20%, kadar ansuran bulanan tak lebih 15% pendapatan dan tempoh pembiayaan 5 tahun sahaja.

Jika salah satu formula di atas anda tak mampu, hanya ada dua punca.

Samada gaji kecil atau perbelanjaan besar. Maka, belilah kereta second hand yang masih dalam keadaan baik.

Masih tak mampu?

Sementara tunggang lah motor. Bukan semua mat motor adalah mat rempit. Ramai juga ustaz kacak menunggang motorsikal. Okay what? Ustaz weiii! Berjanggut kacak lagi!

Motor pun tak mampu? Car pool bayar kawan atau guna pengangkutan awam. Jika semua tak mampu, no choice tingkatkan pendapatan. Atau kurangkan perbelanjaan.

Jangan cakap sibuk. Manager purata pendapatan lima angka boleh je buat dua tiga kerja, kita eksekutif muda sibuk nak lepak Setarbak. #apeni

Orang lain anak berderet pun buat dua tiga kerja, kita yang masih bujang weekend nak main bowling. Zimbabwe sungguh la perangai banyak alasan camni.

Ni yang malas tanya akak kan? MESTI NYESAL KAN? Asal tanya je kena bebel. Asal tanya je kena bebel.

Salam sayang..

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen