8 Cara Berkesan Hilangkan Bau Mulut Selepas Makan Petai Dan Jering.

Oleh: Zuzu Yasmine

Walaupun miliki bau yang tidak menyenangkan selepas memakannya, tetapi petai dan jering ini sememangnya ulam yang sangat disukai oleh ramai orang. Rasanya yang enak itu pasti akan membuat sesiapa sahaja akan menikmatinya lebih daripada sebiji. Dengan memakan begitu banyak petai dan jering ini, ia pasti akan melahirkan satu bau yang sangat kuat dari mulut dan penafasan anda. Bukan itu sahaja, walaupun berbau ia miliki kahsiat yang banyak.

Selepas menikmatinya, pasti ramai yang rungsing bagaimana untuk menghilangkan bau ini dengan kadar segera. Ini kerana, nafas serta hasil penceraan akan melekat lebih lama hingga membuat orang lain akan berasa tidak selesa. Berikut adalah perkara yang boleh anda lakukan.



1. Berus gigi sejurus memakan petai dan jering.

Selesai sahaja memakan petai dan jering ini segera untuk memberus gigi anda. Gunakan ubat gigi yang mengandungi fluorin kerana ia dapat membantu mengurangkan nafas berbau. Jangan hanya berus, bersihkan gigi ke bahagian paling dalam sehingga tidak ada lagi jering dan petai tersangkut di dalam mulut.



2. Memberus lidah.

Tidak hanya gigi sahaja, tetapi lidah anda juga perlu diberus. Ini kerana, kemungkinan air dari makanan tersebut akan terperangkap dan melakat pada lidah. Jadi jika anda tidak memberusnya ia akan menghasilkan bau yang kurang enak.



3. Flossing.

Walaupun kelihatannya menyusahkan, flossing dapat membantu meningkatkan kebersihan gigi dan mulut. Flossing membantu mengeluarkan plak dan sisa makanan yang melekat pada gigi. Dengan flos , anda boleh memastikan tiada jering dan petai yang tersisa di antara gigi anda.



4. Kumur dengan penyegar mulut.

Untuk membantu membunuh bakteria dan bilas mulut, berkumur dengan penyegar mulut. Jdaikan ia sebagai tambahan untuk membantu menghapuskan bakteria yang menyebabkan nafas berbau, juga mengandungi bahan-bahan yang membuat pernafasan lebih segar.

5. Minum air kosong.

Selepas lakukan semua yang di atas, anda boleh minum air dengan lebih kerap agar ia membantu untuk mengurangkan bau. Di samping itu ia mampu membersihkan sisa yang tertinggal.

Namun jika cara ini tidak berkesan, mungkin petua dari orang-orang lama akan sesuai buat diri anda.

Pertua orang lama-lama.



1. Berkumur dengan air garam.

Berkumur dengan air garam tidak hanya sesuai untuk menghilangkan sakit gigi tetapi ia juga mampu menghilangkan bau di dalam mulut. Cuba untuk ambil satu atau dua susu garam dan campur dengan air suam, selepas itu kumur dengan air bancuan tersebut dan lihat hasilnya.



2. Minum air bersoda.

Ada yang menyatakan selesai sahaja anda memakan petai maka minum air yang bersoda. Ini kerana air yang agak masam ini mampu membuat bau terhadap petai itu hilang. Jadi ia akan mengurangkan bau tersebut.



3. Menguyah beras.

Pasti peminat petai dan jering tahu akan petua ini bukan. Cuba untuk ambil segenggam beras, bukan nasi ya. Selepas itu masukkan ke dalam mulut dan kunyah sehingga hancur. Selepas beras sudah hancur maka buang beras tersebut. Ramai yang berpendapat bahawa cara ini berkesan untuk menghilangkan bau petai dan jering ini.

Selepas ini tidaklah anda runsing lagi sekiranya memakan dua makanan ini. Semoga ia membantu anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen