Apakah Yang Orang Sering Salah Anggap Tentang Perlindungan Takaful? Jom Baca.

Apabila kita mempunyai banyak alasan dalam sesuatu perkara, sudah tentu perkara tersebut tidak menarik perhatian kita langsung. Bukan sahaja tidak menarik, malah hanya menganggap ia adalah satu pembaziran dan tidak penting dalam kehidupan, sama ada dalam jangka masa yang pendek atau panjang.

Namun, bak kata pepatah, Jangan Menyesal Di Kemudian Hari…

Kita Perlu Sediakan Payung Sebelum Hujan…

Jadi, antara salah satu perkara yang kita sering mencipta alasan untuk tidak melanggan adalah perlindungan takaful. Kenapa ya?

Jom kita lihat apa yang membuatkan kita menganggap perlindungan takaful itu tidak penting…

1. Menganggap perlindungan takaful ini merugikan sekiranya dirinya sentiasa sihat, masih muda dan tiada siapa pun di dalam keluarganya yang melanggan takaful.

2. Menganggap perlindungan takaful ini adalah satu beban kewangan tambahan yang tidak perlu diberikan "priority" dalam kehidupan.

3. Menganggap perlindungan takaful ini mahal dan masih bertangguh atau berharap akan wujudnya suatu pelan yang murah pada masa akan datang.

4. Menganggap perlindungan takaful ini adalah cukup dengan melanggan "medical card" semata-mata tanpa mengira perlindungan pendapatan atau "Income Protection" untuk dirinya.

5. Menganggap perlindungan takaful ini adalah perkara yang perlu dilanggan sekali sahaja seumur hidup tanpa perlu ada penyemakkan semula.

6. Menganggap perlindungan takaful dari mana-mana syarikat takaful pun semuanya sama sahaja dan tidak perlu untuk membuat sebarang perbandingan sebelum melanggan.

7. Menganggap perlindungan takaful dari sesebuah jenama syarikat takaful itu menentukan perlindungan yang terbaik bagi dirinya.

8. Menganggap perlindungan takaful ini adalah suatu penipuan di mana perunding dan syarikat takaful itu hanya mementingkan bayaran caruman dan akan sentiasa mengelak dari meluluskan bayaran pampasan kepada pelanggan.

9. Menganggap perlindungan takaful yang diceritakan oleh seseorang perunding takaful itu semuanya benar belaka tanpa perlu membaca polisi dan memahami isi kandungannya.

10. Menganggap perlindungan takaful yang dibayar hari ini tidak akan berubah nilai carumannya dan caruman takaful juga adalah cara baru untuk membuat simpanan atau pelaburan.

11. Menganggap perlindungan takaful ini hanya perlu dilanggan sekadar "ada" sahaja dan bukanlah untuk dilanggan dan diteliti sebagai perancangan kewangan masa hadapan.

12. Menganggap perlindungan takaful dan insurans konvensional itu sama sahaja patuh syariahnya, yang penting ambil sahaja yang murah.

13. Menganggap perlindungan takaful itu hanya perlu diambil oleh si suami manakala perlindungan untuk isteri dan anak-anak adalah suatu yang membazir.

14. Menganggap perlindungan takaful yang mahal carumannya itu pasti akan memberikan jumlah pampasan yang tinggi, apatah lagi sekiranya ianya datang dari syarikat takaful yang berjenama besar.

15. Menganggap perlindungan takaful itu hanya akan diambil apabila sampai "seru" nanti.

Jadi, jangan memberi salah tanggapan pada perlindungan takaful kerana dalam kegawatan ekonomi kesihatan kita akan terjejas pada bila-bila masa sahaja. Jangan menyesal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen