Jangan Berhabis Beribu Untuk Majlis Satu Hari Sahaja, Banyak Yang Perlu Difikir Sebelum Lakukan Pinjaman Untuk Berkahwin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hanya kerana perasaan cinta anda terhadapnya begitu menggunung sehingga tidak sanggup menunggu lebih lama lagi. Maka anda ingin segera menghalalkan hubungan yang ada. Barulah ia menjadi tanda sebenar cinta sejati anda. Barulah terbukti anda begitu mencintainya.

Tapi sebelum nak buat majlis kahwin itu, tengok-tengok duit dalam bank tak cukup untuk lakukan majlis 3 hari 3 malam itu. Apa nak buat? Tarikh sudah ditetapkan oleh kedua-dua pihak. Bahkan pasangan kita sudah menghitung hari menanti hari bahagia yang bakal tiba. Tak akan nak minta tunda tarikh pula?

Dalam keadaan seperti ini, langkah yang selalunya diambil oleh mereka yang sangat terdesak adalah melakukan personal loan. Di mana, ia mampu diuruskan dengan mudah malah, dengan segera.



Tahukah anda bahawa, antara hutang tertinggi di Malaysia datang daripada personal loan dan salah satu sebab kenapa kita ambil personal loan adalah sebab nak kahwin. Tapi demi cinta, apa salahnya kan?

Banyak orang yang tidak dapat berfikir dengan waras hanya gara-gara terlalu cinta ini. Banyak salah dan akibat sekiranya anda melakukan personal loan untuk majlis perkahwinan anda yang gilang gemilang itu.



1. Majlis yang mewah itu bukan keperluan. Tidak ada mana-mana peraturan menyatakan bahawa anda perlu melangsungkan majlis perkahwinan secara meriah dan besar-besaran. Apa yang anda perlu buat adalah majlis yang mengikut kemampuan anda dan meriah. Meriah tidak semestinya perlu mahal. Tapi jika anda mampu untuk lakukan yang besar-besaran tidak mengapa. Yang menjadi masalah adalah anda tidak mampu tapi mahu dimampukan dengan mengambil personal loan.

2. Ada lagi perbelanjaan lain yang lebih penting selepas perkahwinan seperti sewa rumah, bil elektrik, bil air, makanan, duit minyak, perabot, dan kalau ada anak nanti, kena fikir susu, lampin, baju, carseat. Atau kalau nanti nak miliki sebuah rumah kena fikir tentang bayaran ansuran bulanan rumah pula. Jika anda sudah mula berhutang untuk perkara sebegini, bagaimana anda hendak mula lakukan pinjaman untuk membeli rumah, atau kereta untuk keselesaan keluarga anda pada masa hadapan. Jangan berfikiran singkat, fikir jauh ke depan sedikit.



3. Manusia mudah lupa. Banyak perkara mengenai perkahwinan kita orang tak ingat pun. Mereka tidak ingat pun ketika majlis anda nanti ada hidangan apa, pelamin ada berapa banyak, atau berapa kemah anda sediakan. Tapi bank tidak akan lupa dan hutang itu akan amik masa bertahun tahun nak settle. Jangan nanti anak dah 5, hutang majlis kahwin kita masih lagi belum settle lagi sampai ke sudah. Macam mana nak uruskan kewangan untuk pendidikan anak pula nanti?

4. Punca utama penceraian adalah masalah kewangan. Berkahwin adalah satu permulaan kehidupan yang panjang dengan pasangan kita, dan ada banyak cabaran yang bakal dihadapi khususnya pada permulaan hubungan tersebut. Anda perlu tahu bahawa masalaj kewangan ini tidak akan pernah selesai melainkan anda tiba-tiba menjadi kaya secara mendadak. Jadi jangan tambah masalah yang bakal anda dengan hutang anda terhadap bank.

Lakukan satu majlis itu berdasarkan kemampuan anda, jangan terlalu mengikut orang lain yang mahukan majlis mewah dan grad. Jika anda mampu, anda boleh lakukan. Jika tidak, lakukan perkara yang anda mampu sahaja. Jangan habiskan berpuluh ribu ringgit hanya untuk meriah dalam masa sehari sahaja.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen