Ayah Dan Suami Yang Awesome Akan Lakukan 5 Perkara Ini Untuk Keluarga Tersayang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa sahaja yang tidak mahu menjadi seorang suami dan ayah yang awesome buat buah hati yang disayangi. Jadi ayah dan suami yang awesome ini mudah sahaja, tetapi ramai yang tidak mahu lakukan kerana malu ataupun tidak tahu bagaimana nak mula.

Jangan malu, ego anda tidak hilang sekiranya lakukan 5 perkara ini pun. Anak dan isteri bertambah sayang adalah. Nak keluarga sayang ataupun nak keluarga menjauh?



Apabila anda sebagai ayah dan suami bijak dalam melakukan perkara-perkara ini, maka hubungan di dalam keluarga juga akan lebih harmoni dan tenang sahaja, malah banyak lahirkan gelak ketawa. Itulah impian anda mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluarga bukan?

Tak tahu bagaimana nak menjadi ayah dan suami yang awesome ini? Mari ikuti 5 tips yang dikongsi oleh Dr Taufiq Razif ini. Rugi kalau tak cuba.



1. Selalu jaga mulut di depan anak dan isteri walaupun sedang marah melampau

2. Tak berkira dengan duit bila melibatkan nafkah dan benda yang berfaedah

3. Kenal personaliti & perwatakan anak dan isteri. Lagi hebat bila si suami sendiri berminat nak belajar ilmu parenting & ilmu mendidik anak anaknya sendiri

4. Jadi 'emphatic listener' pada pasangan dan anak anaknya sendiri. Tak terlalu cepat memberikan solusi dan sedia mendengar keluhan pasangan dan anak anaknya kerana hanya dengan mendengar pun ianya adalah satu terapi emosi!

5. Tahu beza BONDING TIME & ME TIME. Masa me time tu boleh la nak bermain game dan handphone sekejap tapi jangan la sampai terabai perhatian kat anak isteri.

Jangan sampai ketika anak anak dah liar dipengaruhi oleh BONDING LUAR baru kita nak tersedar. Masa tu mungkin semuanya dah terlambat dah.

Jom sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen