Bagaimana Untuk Bangkit Setelah Gagal? Ikuti 6 Cara Ini.

Setiap individu pasti pernah merasa jatuh dikala gagal, dan sukar pula untuk bangkit menuju kejayaan. Ada yang berjaya dengan cepat, mahupun secara perlahan-lahan. Semuanya terpulang pada setiap individu. Yang penting pupuk diri sendiri untuk boleh bangkit setelah jatuh, bukan terus berhenti dan berputus asa!

Bangkit setelah putus cinta…

Bangkit setelah gagal dalam perniagaan…

Bangkit setelah dibuang oleh kawan-kawan….

BANGKIT!

1. Dengan menerima kenyataan.

Kita bukan hidup di alam fantasi seperti Cinderella, apabila dalam kesusahan ada pari-pari datang menolong. Tetapi kita hidup di alam realiti, dimana Allah SWT adalah tempat bergantung. Jangan menafikan takdir dan ujian yang diberi oleh-Nya, seolah-olah anda tidak yakin dengan perjalanan hidup anda.

Jangan terlalu mempersoalkan…

“Kenapa aku gagal?”

“Kenapa aku putus cinta?”

Kegagalan adalah proses untuk melangkah ke arah yang lebih baik.

2. Reset perjalanan hidup.

Ia ibarat anda memulakan hidup dengan lembaran helai yang baru. Buat buku nota baru, dan rekod segala perancangan yang anda mahu lalui pada helaian baru tersebut. Penuhi nota-nota tersebut dengan idea bernas anda, malahan dengan strategi yang baru. Jika anda mula reset perjalanan kehidupan anda sendiri, anda mula fokus pada diri sendiri, dan tiada masa nak dengki dengan orang lain.

3. Membayangkan Kejayaan.

Tidak salah berangan, kerana berangan mampu untuk anda mengejar pada kejayaan. Jadi, bayangkan kejayaan yang anda mahukan seperti hidup bahagia, ada pekerjaan yang stabil, pasangan tunggu di rumah, ibu bapa menunggu di kampung halaman dan sebagainya. Tetapi jangan asyik membayang dan berangan tanpa usaha.

4. Sentiasa bersyukur walaupun pada rezeki yang kecil.

Setelah menerima satu kejayaan atau keuntungan yang kecil. BERSYUKUR dan jangan mengeluh.

“Alah, sikit je aku dapat…”

Ataupun sekiranya ia berkenaan dengan percintaan..

“Kenapa dia bergaji kecil?”

Jangan mempersoalkan rezeki yang Allah SWT telah beri, kerana anda tidak tahu kuasa-Nya.

5. Jangan memandang enteng pada kejayaan kecil.

Seperti point di atas, anda harus bersyukur dengan setiap rezeki yang diperolehi, walaupun kejayaan kecil sekalipun. Jadi, rekod setiap kejayaan anda dalam buku nota baru tersebut. Setiap misi yang telah dilakukan dan berjaya hadapi, TULIS! Jangan rekos kejayaan besar sahaja, seolah-olah kejayaan besar yang hanya membahagiakan diri anda.

Jika terlalu mengharap, anda pasti mudah kecewa.

6. Menerima segala nasihat dan pendapat.

Apabila telah gagal dan cuba bangkit, dengarlah nasihat mahupun pendapat daripada sahabat baik atau pun ahli keluarga. Jangan degil untuk tidak menerima nasihat daripada mereka. Tanpa ahli keluarga dan sahabat-sahabat siapalah anda di atas muka bumi yang sementara ini.

Oleh sebab itu, setelah menerima nasihat, pendapat dan teguran, anda perlu yakin anda mampu bangkit dan menuju kejayaan. Jangan hangat-hangat tahi ayam pula.

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen