7 Sebab Wanita Kahwin Lambat - Dah 30an Tapi Belum Kahwin.

Assalamualaikum w.b.t.,

Tak tahu nak mula dari mana sebenarnya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat yang sudi baca blog saya. Sebenarnya saja letak angka 30 sebab nampak macam best. Umur saya tambah lagi satu angka dari 30 (ya, memang dah kena start makan jamu awet muda secara total lepas ni). Saya dah dua kali mengalami kegagalan dalam mencari jodoh yang agak besar juga. Ada sebab yang saya tak share di sini dan biarlah orang nak buat spekulasi apa pun, sebab jadi hakim di media sosial memang dah tugas tak berbayar rakyat Malaysia zaman sekarang ni...betul tak? Sebelum ini pun solat tah kemana, baju-baju pun astagfirullahalazim, syaitan tengok mesti gelak hooorayyyyy!! dan semuanya macam takde arah tujuan. Mungkin itu balasan kot untuk saya yang selalu tak ikut perintah Tuhan. Mula-mula perasaan tu rasa macam jatuh dalam gaung yang sangat dalam. Down depress rasa malu, tertekan, semua sekali dalam masa yang sama. Nota kaki: Sekarang takde rasa apa-apa, cuma nak luahkan perasaan aje.



Bila saya selalu sangat baca orang share mengenai jodoh di usia muda, faedah kahwin awal, keuntungan kahwin awal, kahwin awal till Jannah, kahwin kahwin kahwin dan artikel mengenai kahwin lambat, saya terfikir, habis orang yang kahwin lambat atau belum berkahwin bukan kerana pilihan ini macam mana? Mana artikel mengenai kami? Ini tidak adil! Haha. Okaylah gurau je, jangan stress. Hihi.

Kenapa kahwin lambat? Atau dah tua pun masih belum berkahwin?

Ini khas buat wanita. Sebenarnya nak cakap mengenai pengalaman sendiri yang masih lagi belum ada partner till Jannah. Partner sekerat jalan adalah. Mungkin takde lagi jodoh till Jannah yang sesuai lagi sampai sekarang. Kan best kalau boleh order partner pilihan dekat Ebay ke Amazon ke atau Lazada. Yang menepati citarasa kita...dan juga keluarga? Saya tak memilih. Kalau saya ni memilih, dah tentu ex-ex saya kacak macam Fahrin Ahmad atau Brad Pitt dan kaya macam Sultan Brunei. Sorry exes, saya tak mengutuk anda, masa tu anda kacak di mata saya, sekarang tidak lagi. Hihi. (sebelum nak kecam, saya tak pernah claim saya cantik ye, kah!) saya juga tak kira pangkat ataupun darjat, tapi biarlah sekufu. Kejap, dah kenapa kena cerita pasal saya?

Kita nak cakap in general sebenarnya... Okay mula sekarang.



1. Kebanyakkan wanita yang kahwin lambat atau belum berkahwin, biasanya yang dah biasa hidup berdikari dan dah well established. Dah ada semua, jadi dah selesa hidup macam tu. Lepas tu takde inisiatif nak cari pasangan. Mostly yang dah sebaya pun semuanya dah boroi dan mempunyai anak serta isteri solehah. Part lelaki kahwin lambat..saya taknak komen, tapi biasanya lelaki yang kahwin lambat ni nak stabilkan diri dan busy dengan kerjaya, nak makwe cantik macam model ( mungkin ) dan juga tidak meminati wanita. Mostly lelaki kacak dan best yang saya kenal adalah sebab yang terakhir tu :(. Saya doakan anda dapat Waze ke jalan yang benar okay.

2. Satu lagi, wanita yang well established ni ramai lelaki takut nak dekat...tak tahulah sebab apa. Wei, sebab apa wei? Habaq mai sat. Ini dari pengamatan saya di media sosial tentang rakan-rakan saya yang seangkatan. Semuanya mengamalkan budaya tunggu dan biar lelaki datang. Malulah, perigi cari timba. Walaupun timba sekarang dah naik harga (takde kaitan).

3. Okay selalunya wanita yang dah berumur ni dia tak suka buang masa. Meaning, kalau dia berkawan dengan seseorang tu, kalau dia rasa tak ngam, dia akan cepat-cepat move on dengan calon lain sebab tak mahu buang masa.



4. Disebabkan media sosial yang memainkan peranan hebat dalam berkomunikasi pada zaman sekarang ni, manusia tak lagi tahu untuk berkomunikasi di luar...I mean kalau nak tegur secara random kat luar, orang ingat kita gila atau penjenayah (kalau saya, kira penjenayah kategori comel, kbye). Jadi bila tengok orang yang kita minat kat luar, kita hanya tengok jelah, lepas tu habis, selamat jalan, bye jodoh! Sebab dah tak reti nak mulakan perbualan. Yelah, sibuk whatsapp, Instagram, Twitter, nak bercakap dengan orang face to face pun dah jadi tak reti.

5. Soal jodoh sama juga macam rezeki. Tak boleh nak paksa Allah bagi kita kalau bukan masanya. Tapi, kadang-kadang ( selalu sebenarnya ) rasa sedih juga. Serius lah boleh mental kalau tengok orang share gambar anak comel putih gebu disamping pasangan buat muka senyum simpul dekat media social. Jadi saya memilih untuk unfollow dan balas balik dengan gambar travel satu dunia. Haha jahatnya tapi nak buat macam mana, dah itu je yang saya buat dari dulu sampai sekarang.

6. Allah swt nak anda perbaiki mana akhlak yang rosak sana sini sebelum dia bagi tanggungjawab lagi besar iaitu menjadi seorang isteri atau suami. Fikir positif iaitu Allah swt bagi kita time untuk kita ingat Dia, tambahkan amal ibadah, buat aktiviti yang mendatangkan faedah dan tambah pahala dan berbakti kepada ibu bapa di masa single ni. Ambil masa yang Allah bagi ni untuk kumpul saham akhirat dan minta ampun dengan Allah swt atas dosa-dosa lampau kita.

7. Bukan by choice -- kebanyakan orang yang belum berkahwin walaupun dah menginjak usia 30an ni tak memilih untuk tidak mempunyai life partner, mereka nak juga hidup berkeluarga macam orang lain, tapi semuanya sepatutnya awak bagi kat Allah untuk pilihkan mana yang terbaik. Saya ada berbual dengan rakan yang alim orangnya, dia kata kalau kita nakkan sesuatu, perbanyakkan solat Hajat, Istikharah, Dhuha dan paling penting, solat Tahajjud. Ini bukan je untuk jodoh, tapi untuk semua benda yang kita nak dalam hidup kita.



Peringatan saya untuk anda dan diri saya sendiri, jangan terlalu terdesak untuk berkahwin dan main rembat saja jodoh-jodoh yang ada...disebabkan nak ikut trend, kena kahwin juga walau macam manapun. Awak nak hidup dengan orang tu bukan sehari dua, tapi insyaAllah selama-lamanya sampai mati. Dan bagi mereka yang tengok orang yang kahwin lambat ni mungkin terlalu memilih ke, balasan ke, saja-saja ke atau apa ke...Tolong simpan perasaan jahat tu jauh-jauh. Doakan mereka mendapat jodoh yang baik macam anda juga. Doakan yang baik-baik kerana orang yang berdoa pun turut sama dapat pahala.

Jangan fikir yang bila dah kahwin tu, dah tercapai life goal anda. Kahwin tu memang sunnah, tapi life goal utama adalah Allah. Semua kerana Allah dan hanya untuk Allah. Dalam rukun Islam takde pun cakap pasal kahwin..kan? Jadi buat yang wajib, cantikkan amalan, dan selalu tanam dalam diri, kalau tak dapat jodoh di dunia, InsyaAllah Dia simpan untuk kita di sana nanti. Alhamdulillah...Mak ayah - Mak ayah saya merupakan orang paling cool dalam dunia. Mereka tak pernah paksa saya untuk cari jodoh gantian cepat-cepat, kalau ada, adalah. Tapi saya tahu mama nak sangat saya kahwin cepat-cepat dan bagi cucu. Sorry mama, belum ada rezeki lagi bagi cucu dan ada partner halalan toyibban. Kena banyak lagi berdoa supaya Allah bagi rezeki tu pula.

Jadi kepada kawan-kawan yang dah tiga siri tetapi masih juga single dan belum mendirikan rumah tangga, enjoy dan chill je. Allah swt bagi awak masa untuk hanya denganNya dan berbakti dengan keluarga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen