"Suami Adalah Doula Terbaik Isteri Disaat Bersalin..." Kata Lelaki Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini kes mengenai doula luas diperkatakan semula di media sosial, selepas terdapat perbincangan serta perdebatan di antara doula dan juga doktor sakit puan di kaca televisyen. Tajuk yang menjadi pedebatan mereka ini adalah, ‘Doula: Peneman Ibu Atau Pengganti Doktor’. Dua panel yang hadir adalah Profesor dan Konsultan Perbidanan dan Sakit Puan UM, Prof Dr Imelda Balchin serta freelance doula, Pn Hayati Muzaffar. Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri, begitu juga mereka yang memilih untuk bersalin bertemankan doula ataupun memilih hospital sebagai tempat kelahiran cahaya mata.

Dikatakan bahawa seorang doula, atau peneman kelahiran, telah terlibat dalam proses bersalin seorang ibu di mana ia berlaku di rumah sendiri. Apa yang menyedihkan, banyak kes-kes yang berkaitan doula ini adalah kes bersalin yang berakhir dengan tragedi.



Menurut Root Of Science, Diluar negara, ramai doula mempunyai latar belakang perubatan. Malangnya di Malaysia pula ramai yang sebaliknya. Tidak mempunyai kemahiran atau kelayakan asas dalam bidang perubatan apetah lagi tentang kelahiran. Kelas yang mereka pergi juga adalah terlalu ringkas dan basic(21jam) untuk diangap sebagai panduan berkenaan ilmu kelahiran.



Berdasarkan perkongsian saudara Najmi Nawawi pula, doula terbaik adalah suami kepada isteri yang mahu melahirkan anak ini. Ini kerana, apabila suami menemani isteri disaat bersalin, isteri-isteri akan mempunyai pengalaman bersalin yang indah.



“Aku percaya, kita semua pasti mahukan pengalaman bersalin yang terbaik untuk pasangan yang tercinta. Maka ketahuilah, kita perlu lengkapkan diri kita sebaik-baiknya bagi memastikan ia menjadi realiti.

“Siapa lagi kita mahu harapkan jika bukan diri kita sendiri untuk menjadi tonggak utama yang menjayakan pengalaman bersalin yang indah untuk bidadari kita.”



1. Lengkapkan diri dengan ilmu.

Kelahiran baru bukanlah satu perkara yang boleh dianggap remeh. Jangan kita sekadar tunggu tanpa mempelajari serta buat kajian serba sedikit untuk membantu pasangan. Tiga fasa utama iaitu sebelum, semasa dan selepas bersalin. Antaranya ialah perihal makanan isteri dan bagaimana untuk 'attend' isteri yang mengandung.

2. Cuba berada di samping isteri.

Semampu yang boleh, sentiasa 'physically present' untuk memberi sokongan dan dorongan kepada isteri semasa menghadapi fasa-fasa ini. Temani dan tunjukkan keperihatinan agar isteri sentiasa rasa dalam keadaan selamat, dihargai dan dilindungi.

3. Emosi yang seiring dengan isteri.

Belajar untuk memahami keperluan emosi pasangan dan berfikiran matang dalam setiap keputusan yang dibuat. Jangan terlalu mudah untuk kecil hati dengan pasangan. Kadangkala emosinya mungkin tidak stabil. Disinilah pentingnya untuk kita 'mentally present' dan memberi sokongan sebaiknya.

4. Pendengar yang baik.

Isteri pastinya mempunyai perasaan yang bercampur aduk dan tidak stabil. Saat ini, suami perlu main peranan penting untuk dengar rintihan dan kerisauan isteri dan cuba memberi penyelesaian sebaik-baiknya.

5. Perancangan sempurna.

Isteri pasti tidak risau lagi jika pasangannya sudah bijak merancang 'step by step' di hospital mana untuk kelahiran atau langkah-langkah segera yang perlu diambil sekiranya 'alarm' sudah berbunyi dan masanya sudah tiba untuk bersalin nanti. Suami juga boleh 'download' apps-apps yang boleh membantu.

6. Menyambut kelahiran.

Menyediakan secukupnya alat-alatan untuk anak yang baru lahir nanti. Pakaian, pampers, barut dan lain-lain. Tidak juga lupa barang-barang untuk kegunaan isteri untuk menghadapi tempoh berpatang nanti.

p/s : Pastinya jika kita (suami) dapat sediakan dan beri sokongan yang terbaik untuk isteri, percayalah isteri akan mendapat pengalaman bersalin yang sangat indah.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen