6 Sifat Lelaki Mampu ‘Cairkan’ Hati Wanita.

Oleh: Rafi

Wahai kaum Adam sekalian, kalau usia sudah mencapai 30-an atau 40-an tetapi masih bujang, mungkin anda bukan “Mr Right” lagi di kaca mata seorang wanita matang. Mungkin ada perkara yang perlu diperbetulkan, ditambah atau disisih untuk menjadi lelaki idaman.



1. Berpegang kepada janji.

Ini kualiti penting bagi si lelaki yang mahu komited dalam perhubungan serius. Kalau anda tak mampu berpegang pada janji atau bertanggungjawab kepada kata-kata anda, sorrylah! Biasanya sikap ini menjadikan seorang lelaki lebih dipercayai wanita selain dilihat sebagai seorang yang berani. Kalau sudah berjanji dengan teman wanita untuk membawanya keluar, jangan mudah membatalkannya hanya kerana ada siaran bola sepak pasukan kegemaran di televisyen. Kalau ya pun penting sangat, beritahu secara rasional.

2. Jangan jadi kepoci.

Lelaki jadi kepoci (penyibuk)?

Anda tidak perlu tahu segala-galanya mengenai si dia dan tak perlu beritahu 100% aktiviti harian anda kepada si dia. Seorang wanita matang biasanya berfikir secara praktikal misalnya hal berkaitan memberi privasi sesama sendiri dan membuat keputusan. Anda jangan masuk campur sangat hal teman wanita, kecuali diminta. Berilah kejutan positif dari masa ke masa, beri hadiah pada waktu tidak diduga dan tadah telinga bila ada perkara yang ingin dikongsi.



3. Boleh murah hati tetapi jangan boros.

Perkara membabitkan amalan kewangan dalam kalangan lelaki sentiasa menjadi isu kepada wanita. Mereka tidak menghalang anda jika mahu menderma atau menggunakan wang demi hobi tetapi janganlah boros. Sikap boros boleh mematikan hubungan walaupun ia bermula dengan baik.

4. Tunjuk sifat kebapaan.

Anda masih bujang, jadi bagaimana nak tunjuk sifat kebapaan? Bila bawa teman wanita bersiar, tunjuk kasih sayang dan jaganya dengan baik. Banyak bersabar dengan karenah mereka. Jangan risau, biasanya wanita matang kurang buat hal, mereka tahu apa yang dikehendaki dan agak “straight forward”. Jangan kedekut atau terlalu berkira, kecuali anda hanya berjimat. Sikap sedemikian menunjukkan anda juga bersedia menjadi bapa yang baik dan prihatin.

5. Tunjuk keghairahan anda.

Wanita tertarik kepada lelaki yang mempunyai hobi atau gaya hidup berbeza daripada orang lain. Jika anda kaki panjat gunung, suka menyelam, mengambil foto, beryoga, mempunyai hobi menjelajah, ia kualiti yang boleh menjadi tarikan di kaca mata wanita matang. Tunjuk dan kongsi keghairahan itu, mana tahu jika selama ini anda bergerak solo, mungkin selepas ini anda mendapat partner!



6. Suka berlawak jenaka atau sekurang-kurangnya hargainya.

Ini kualiti paling diminati wanita, tunjuk sisi kelakar anda pada masa dan tempat sepatutnya. Kemampuan membuat lawak jenaka atau menghargai sesuatu jenaka wajib di kalangan pasangan. Ketawa bersama, kemampuan berjenaka di masa sukar sangat membantu meringankan rasa resah. Cubalah!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen