“Jangan Takut Anak-Anak Sepahkan Ruang Dengan Permainan, Kerana Untuk Perkembangan Minda” Ikuti Perkongsian Ini.

Sebagai para ibu bapa, kadang-kala pasti pening kepala apabila ruang atau kawasan rumah dipenuhi dengan permainan anak-anak. Bahkan sering terpijak pula permainan tersebut dan mengakibatkan melempiaskan kemarahan pada anak secara tidak sedar. Ini bukan sahaja membantutkan perkembangan minda mereka, bahkan upaya untuk berimaginasi juga turut terjejas.

Apabila anak-anak mampu untuk berimaginasi, secara tidak langsung mendorong mereka menjadi lebih kreatif dan produktif seperti perkongsian daripada saudara Najmi Nawawi ini…

********

1. Perkembangan sosial.

Apabila anak-anak aktif bermain dengan imaginasi, mereka sebenarnya sedang 'experiment' tugas sosial dalam kehidupan. Disini mereka akan belajar untuk bekerjasama dan bertolak ansur. Ia juga akan bantu anak untuk suka bercampur dengan komuniti berbeza dan memahami kehendak hubungan sosial sesama manusia. Sebab itu kita dapat lihat mereka bermain anak patung, sampai bercakap-cakap dan ada dialog sendiri.

2. Perkembangan bahasa.

Untuk kita yang sudah dewasa pastinya perkara mudah untuk bercakap. Namun anak-anak masih dalam fasa belajar dengan menjalankan uji kaji terhadap bahasa. Mereka uji kaji setiap patah perkataan tanpa ada rasa takut sekiranya gagal menggunakan bahasa di tempat yang betul. Di sini, mereka akan mula memahami kuasa untuk menghubungkan bahasa dan nada mengikut kesesuaian.

3. Perkembangan emosi.

Dalam dunia 'pretend play' ini juga, anak-anak berpeluang mempelajari emosi dari dua sudut atau paksi utama iaitu emosi negatif dan juga positif. Mereka mampu kenal apa itu kegembiran dan bagaimana meraikannya.

Bahkan mereka turut belajar kenal kesedihan dan bagaimana untuk berhadapan dengannya. Ini sangat penting untuk membentuk individu yang mempunyai daya empati dan simpati yang tinggi.

4. Perkembangan fizikal.

Perkembangan fizikal ialah satu perkembangan 'non-verbally' yang dapat mereka pelajari sewaktu bermain dengan penuh imaginasi kreatif. Mereka mengunakan semua sendi dan sensori untuk menjayakan permainan mereka.

Kalau lihat anak susun-susun bantal, angkat dan pindahkan sana sini. Bergembiralah, mereka sedang dalam proses perkembangan fizikal. Bahkan ia juga turut membantu 'hand-eye co-ordination' untuk menjadikan anak seorang yang sangat cekap.

5. Perkembangan minda.

Pastinya dengan bermain secara imaginasi ini mampu membawa kepada 'mental growth' yang sangat sihat. Dengan berimaginasi anak-anak mampu berfikir untuk mencipta peluang dan ruang untuk mencuba idea baru, cara fikir baru dan penyelesaian kepada masalah yang baru setiap masa.

p/s : Biarlah anak kita bermain dan sepahkan ruang permainan mereka. Kerana kalau sentiasa kemas 24 jam, pasti ada sesuatu yang tidak kena.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen