Tips Untuk Ibu Bapa Sekiranya Anak-Anak Masuk Ke Asrama.

Para ibu bapa yang memiliki anak-anak masuk ke asrama, pasti risau akan keselamatan mereka. Apatah lagi perlu berdikari untuk berhari-hari tanpa kehadiran anak di depan mata. Situasi ini akan menyebabkan anak-anak menjadi home sick, bahkan si ibu juga akan sakit rindu ketika berjauhan dengan anak-anaknya.

Akan tetapi apabila memasuki asrama, ia adalah impian dikalangan ibu bapa juga kerana mengharapkan anak-anak mendapat didikan yang secukupnya disamping menjadi anak yang mampu berdikari.  Oleh itu, ikuti beberapa tips ini supaya dapat membendung sakit rindu tersebut….

1. Ibu bapa perlu ingat anak adalah amanah dari Allah SWT.

Amanah dari Allah SWT seperti memiliki cahaya mata, adalah anugerah yang tidak ternilai harganya. Amanah ini perlu dijaga, dan ibu bapa perlu lorongkan anak-anak dengan didikan yang Allah SWT suka. Berlandaskan syariat dan tidak memudaratkan diri anak-anak.

Jadi, ibu bapa perlu ingat anak-anak dihantar jauh untuk belajar bukannya tidak menjaga amanah Allah, akan tetapi ia adalah satu perjuangan dalam pendidikan.

2. Perlu bersangka baik dengan Allah SWT.

Apabila anak-anak telah memasuki asrama, ibu bapa perlu bersangka baik dengan Allah SWT dan anak-anak juga. Cuba jangan fikir yang buruk-buruk, membuat andaian negatif dan sebagainya kerana takdir Allah SWT kita tidak tahu. Sentiasa mengharap bahawa anak anda akan sentiasa berada di bawah perlindungan-Nya.

Kerana kita bukanlah sehebat Allah SWT.

3. Sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak.

Usai sahaja solat, bersungguh-sungguh dalam membaca doa untuk kesejahteraan anak-anak, di samping bersangka baik pada Allah SWT. Bacakan surah Al-Fatihah demi untuk kekuatan anak-anak berdikari, dan juga untuk diri ibu bapa juga supaya dipermudahkan segala urusan. Tidaklah asyik sakit rindu sahaja. Anak masuk asrama sahaja, demam.

Nanti anak-anak risau di sekolah, macam mana nak tumpu pada pelajaran.

4. Masak untuk anak-anak ketika hari minggu.

Apabila terdapat kelapangan dan berpeluang untuk melawat anak-anak, masaklah untuk mereka. Pasti mereka rindu untuk merasa masakan dari ibu tersayang. Masakan dari air tangan ibu sendiri juga mampu untuk melepaskan kerinduan anak-anak, malah mampu untuk mendengar kata juga.

5. Sentiasa memberi sokongan.

Apabila datang melawat atau menghubungi anak-anak, usah lah sentiasa merungut dan mengeluh kerana anak-anak belajar jauh dari rumah. Akan tetapi berilah sokongan padu pada mereka, supaya mereka dapat merasakan sokongan dari ahli keluarga. Sokongan dari kedua ibu bapa adalah penting untuk mereka ketika menghadapi ujian.

Sekiranya anak-anak tidak mencapai target dalam ujian, jangan salahkan mereka seratus peratus, akan tetapi berilah kata-kata semangat. Duduk jauh ni berkemungkinan emosi mereka menjadi tidak stabil.

6. Bertawakal.

Apabila membuat sesuatu kerana Allah SWT, selepas berusaha dan berdoa, yakinlah pada-Nya. Agar anak-anak di bawah perlindungan anak dan sentiasa selamat. Memberi didikan yang terbaik pada anak-anak juga adalah salah satu tanggung jawab ibu bapa yang perlu dilaksanakan. Selagi berlandaskan syariat, jangan terlalu risau.

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen