Tanda-Tanda Anda Seorang Yang Berjaya.

Setiap individu pasti mempunyai misi tersendiri untuk berjaya di masa hadapan. Namun, setiap misi tersebut adalah berbeza mengikt citarasa individu itu sendiri. Malah, ada juga dikalangan kita takut untuk melangkah kerana takut pada kegagalan. Padahal, kegagalan tersebut bukan menandakan terhentinya kehidupan seseorang, ataupun kegagalan bukan bermaksud anda terus ‘mati’.

Cuma kegagalan adalah untuk mengajar anda terus bangkit, sama ada anda mahu berjaya dalam masa yang singkat atau masa yang panjang.

Jadi, tanda-tanda anda seorang yang berjaya atau mahu berjaya adalah dengan…

1. Tidak mengejar trends mengarut.

Apakah yang berkaitan dengan trends mengarut?

Trends mengarut seperti orang minum kopi mahal, anda pun mahu minum kopi mahal. Orang guna telefon bimbit mahal, anda pun mahukan telefon bimbit mahal. Orang menggunakan pelbagai aplikasi untuk product marketing, anda pun terikut sekali, malah ikut juga cara yang tidak mendatangkan faedah.

Sebagai contoh, menggunakan aset wanita untuk mempromosikan produk kecantikan, padahal ia adalah aurat wanita. Jangan cuba eksploitasikan tubuh badan wanita untuk melariskan jualan.

Tetapi gunakan kreativiti anda supaya ada keistimewaan tersendiri.

2. Tidak merungut sepanjang masa.

Anda seorang yang berjaya sekiranya tidak merungut dan mengeluh 24/7. Orang yang tidak berjaya adalah apabila tidak tahu untuk menyelesaikan setiap masalah, tiada solusi kemudian saring merungut. Akhirnya tiada hasil, kemudian mula salahkan pihak lain di atas kegagalannya sendiri.

Atasi setiap masalah dengan bijak dan rasional, jangan asyik merungut sahaja.

3. Bukan seorang yang pemalas.

Untuk bangkit dari kegagalan adalah dari sikap diri sendiri iaitu jangan jadi pemalas. Sekiranya anda sentiasa dibelenggu dengan sikap malas, tidak mustahil setiap tugas yang anda lakukan sering tergendala. Kemudian sering postpone tugas anda bukan untuk keesokan hari tetapi, minggu depan, atau bulan depan.

Orang yang berjaya, bangun seawal pagi yang boleh. Bangun selepas subuh kemudian terus berjaga untuk melakukan tugas yang sudah dirancangkan.

4. Tidak membazirkan semua duit perbelanjaan.

Selain daripada itu, tanda anda seorang yang berjaya adalah apabila bijak merancang kewangan. Setiap agihan duit anda ada fungsi-fungsinya tersendiri, seperti simpanan, dana kecemasan, pelaburan untuk hartanah dan sebagainya. Sememangnya duit atau pendapatan anda setiap bulan, dapat dibelanjakan atau simpan dengan cermat.

5. Tidak berhibur setiap minggu.

Oleh kerana anda seorang yang bijak merancang kewangan, sudah tentu anda bukan seorang yang sentiasa berhibur. Bekerja keras bukan bermaksud tidak boleh berhibur, cuma belum tiba masanya lagi.

6. Sentiasa mencabar diri.

Anda juga adalah seorang yang berjaya, apabila mampu mencabar diri dalam melakukan sesuatu yang baru. Ini juga menandakan anda seorang yang berani mengambil risiko (risk-taker) dalam apa jua situasi. Jika tidak berani mengambil risiko anda merasakan seolah-olah tiada proses untuk ke arah kejayaan. Anda seperti tidak nampak hala tuju kehidupan anda.

Maka, dengan untuk berjaya anda perlu mencabar diri supaya anda nampak proses tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen