Tanda-Tanda Anda Sebenarnya Sukar Untuk Buat Tabung Kahwin.

Siapa sahaja dikalangan kita yang tidak mahu berkahwin. Apabila sudah mencapai usia dimana sudah ada kerjaya dan pasangan, pasti hati terdetik untuk mahu berkahwin. Namun, kebiasaannya hubungan akan berlanjutan, malah semakin lama semakin tiada arah tuju pula.

Pada awal perkenalan, masing-masing berjanji manis mahu berkahwin apabila telah bersedia. Akan tetapi hari demi hari, bersilih ganti tiada pula menerima sebarang rombongan pinangan dari pihak lelaki. Puas ibu bapa menunggu, kenapa lama berkenalan tetapi tidak lagi mengikat tali pernikahan?

Jawapannya, tiada duit nak kahwin. Dah simpan, tapi masih tak cukup-cukup lagi. Kenapa ini terjadi? Jom ketahui, tanda-tanda anda sukar untuk buat tabung kahwin.

1. Mula tidak berdisiplin.

Anda mula merasakan tidak disiplin dalam membuat tabung kahwin. Ini kerana hubungan anda dengan si dia sudah terlalu lama terjalin, sehingga merasakan “Apa lagi yang patut anda lakukan?”. Simpan lama-lama pun, tetapi masih lagi belum menerima pinangan, tiada juga berkongsi cerita mengenai perkahwinan. Semuanya senyap, dan hanya melalui hari-hari dengan biasa sahaja.

Ini yang membuatkan anda mula tidak berdisiplin.

2. Tidak mendapat sokongan daripada pasangan.

Antara sebab utama anda tidak berdisiplin untuk membuat tabung kahwin adalah tiada sokongan langsung daripada pasangan. Membuat tabung kahwin ini hanya sebelah pihak sahaja, iaitu anda berseorangan. Malah pasangan anda seperti buat tidak tahu ataupun tiada apa yang terjadi pada masa hadapan.

Apabila tidak mendapat sokongan daripada pasangan, lama-kelamaan tabung kahwin anda menjadi lebur dan sia-sia sahaja.

3. Lebih seronok berbelanja.

Antara tanda lain yang anda boleh lihat adalah apabila anda dan pasangan lebih seronok berbelanja dan berhibur pula. Tidak hairan sekiranya anda tidak mendapat sokongan daripada pasangan, ini kerana anda mudah terpengaruh dengan si dia untuk berhibur sahaja. Keseronokan untuk berbelanja lebih daripada keseronokan ketika menyimpan wang.

Akhirnya, hubungan semakin berpanjangan, dan tiada arah tuju ke perkahwinan. Hanya keseronokan semata-mata.

4. Lebih suka berangan.

Anda dan pasangan hanya berangan, tetapi langsung tiada usaha untuk menyimpan, apatah lagi mencari wang. Masa yang diperuntukkan hanya berangan, tanpa melakukan pelbagai cara untuk mencari rezeki dan wang lebih.

“Kan best kalau banyak duit…”

Namun, tiada usaha langsung untuk menggandakan duit.

5. Hanya mengukur kemewahan tanda kebahagiaan hidup.

Dengan memiliki semua tanda-tanda di atas, ia mendorong untuk anda merasakan kebahagiaan sementara sahaja.

Malah, anda juga mengukur dengan memiliki wang dan harta sementara ini yang hanya mampu memberi kebahagiaan sahaja. Namun, anda sering pula mempersoalkan;

Kenapa semua yang anda miliki sekejap sahaja?...

Kenapa anda gembira sementara?...

Kenapa anda mampu bahagia sementara?...

Kenapa duit sekejap je dah habis?...

Ini menandakan anda hanya mementingkan kemewahan pada jangka masa yang pendek sahaja, bukan dalam jangka masa yang panjang. Oleh sebab itu, anda sukar untuk membuat tabung kahwin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen